11 Jul 2018

CJ WOW SHOP TAWAR BARANGAN EKSLUSIF KUMPULAN WANNA ONE!


BERITA gempar untuk peminat Wanna One! Bermula sekarang sehingga hari berlangsungnya Konsert Jelajah One: The World Tour, Wanna One pada 21 Julai di Axiata Arena Bukit Jalil, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang sekali seumur hidup untuk mendapatkan barangan eksklusif terbaru kumpulan Korea Selatan ini!

Barangan ini akan ditawarkan secara eksklusif di CJ Wow Shop, dan para peminat boleh menonton program-program siaran langsung CJ Wow Shop pada Ahad, 15 Julai di 8TV (1:00 petang) dan TV9 (3:00 petang) untuk melihat tawaran hebat ini. 

Semasa siaran segmen-segmen ini, platform beli-belah ini akan mempamerkan dan menjual produk-produk berikut:

Barangan Eksklusif Wanna One

Edisi terhad baju kemeja T ‘Ce& WannaOne Beat Wave’ pada harga RM199 sahaja untuk 4 helai
Kit peminat Wanna One pada harga RM199 sahaja untuk 6 barang, termasuklah kad bibir kumpulan itu yang menjadi kegilaan para peminat


Pelanggan yang membeli barangan eksklusif ini akan berkelayakan untuk menerima hadiah misteri Wanna One. Siapa cepat dia dapat! Mereka juga boleh membuat pesanan barangan ini lebih awal melalui laman e-dagang www.cjwowshop.com.my serta aplikasi mudah alih bermula dari 9 Julai.

Tawaran ini melambangkan kerjasama pertama antara CJ Wow Shop dengan kumpulan K-pop. Selain itu, kerjasama ini adalah selari dengan peranan jaringan beli-belah ini sebagai platform media penuh yang bertekad memberikan pengalaman beli-belah menghiburkan kepada rakyat Malaysia. 

Di samping itu, rangkaian barangan K-pop di CJ Wow Shop juga telah diperluaskan, sekaligus menunjukkan kemungkinan yang tiada batasan di CJ Wow Shop.


Ingin mendapat tiket percuma?

CJ Wow Shop juga akan menawarkan tiket konsert percuma kepada peminat Wanna One! Bermula dari 9 hingga 19 Julai 2018, anda berpeluang memenangi tiket konsert Wanna One serta barangan ‘Ce& WannaOne’ melalui beberapa langkah mudah ini.


Peraduan Wanna One CJ WOW SHOP

Langkah 1: Ikuti Instagram @cjwowshop 
Langkah 2: Kongsikan semula Poster Peraduan Wanna One CJ Wow Shop Rasmi dari laman instagram @cjwowshop 
Langkah 3: Tag kawan yang anda ingin membawa bersama ke konsert Wanna One di Kuala Lumpur pada 21 Julai di Axiata Arena dengan kapsyen:
“I wanna go to Wanna One concert with ______” dan sertakan dengan hashtag #WannaOneWOW dalam kapsyen anda.


Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai. Oleh itu, jangan lupa untuk tandakan kalender anda untuk mengetahui adakah anda pemenang bertuah!


Maklumat Program Siaran Langsung
 
Ahad, 15 Julai 2018
8TV: Ahad 12:30 petang (Mandarin)
Pengacara: Baki Zainal, Shin Kong
TV9: Ahad 3:00 petang (Bahasa Malaysia) 
Pengacara: Zaim & Pengacara Tetamu – Hana Fadzil


Tontonilah program siaran langsung istimewa Wanna One oleh CJ Wow Shop yang pasti akan mengujakan peminat Wanna One! Jangan ketinggalan tawaran-tawaran eksklusif yang telah kami sediakan untuk anda!



Barangan Ekslusif Wanna One

Composition Set A – RM199
Ce& WannaOne Beat Wave T-shirt - Men
Ce& WannaOne Beat Wave T-shirt (Blue White) x1
Ce& WannaOne Bronze BEAT T-shirt (Bronze Khaki) x1 
Ce& WannaOne Beat Box T-shirt (Orange Beige) x1
Ce& WannaOne streaming T-shirt (Mint Navy) x1

Composition Set B – RM199
Ce& WannaOne Beat Wave T-shirt - Ladies 
Ce& WannaOne Beat Box T-Shirt (Orange Pink) x1 
Ce& WannaOne Beat Wave T-Shirt (Green White) x1
Ce& WannaOne Bronze BEAT T-shirt (Light Khaki) x1 
Ce& WannaOne streaming T-shirt (Charcoal Gray) x1

Wanna One Fan Kit – RM199
Diary
Lip Card Set
Cassette Tape
Boomerang Keyring
Deco & Tattoo Sticker Set
Photo Frame & ID Picture


[KREDIT: CJ Wow Shop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan