29 Jul 2018

CINTA TIGA SEGI NADIA AQILAH, AIDIL AZIZ, ERWIN DAWSON


MEMBARISKAN pelakon utama Nadia Aqilah, Aidil Aziz dan Erwin Dawson, RTM menyiarkan drama siri bertajuk Balang Bawah Bulan yang telah mula bersiaran sejak 26 Julai lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi menerusi TV1.

Drama ini mengangkat kisah tentang seorang gadis pelajar kolej yang diugut oleh seorang remaja kasanova untuk dikenakan saman kerana tersilap memukulnya. Sikap kasanova mula berubah apabila dia sedar kesilapan dalam menuntut bayaran dan perasaan cinta sebenar mula terpalit di hatinya. 

Pada waktu yang sama seorang lagi jejaka juga menyimpan perasaan cinta terhadap gadis tersebut. Si gadis berada di persimpangan untuk membuat pilihan siapa yang sesuai baginya.

Ikuti plot pertemuan tanpa sengaja antara Faris dan Dian berlangsung dalam keadaan yang tidak baik. Kali pertama sewaktu Faris bergaduh dengan teman wanitanya Zana. Kali kedua pula sewaktu di perpustakaan kolej bila Faris menuduh Dian cuba mengintipnya.

Pergaduhan mereka berlanjutan bila Faris menuduh Dian mencuri puisi ciptaannya bertajuk “Balang Bawah Bulan”. Dian mengamuk besar dan terjadi perselisihan antara mereka yang membuat Dian tertampar muka Faris. Tanpa diduga ada yang merakamkan kejadian itu dan video tersebut tular di media sosial.

Faris mengugut Dian memberikannya sepuluh ribu ringgit supaya kejadian Dian menamparnya tidak dilaporkan kepada polis. Dian mula kerisauan memikirkan dari mana sumber dia mahu mendapatkan wang tersebut. 

Akhirnya dia menggadaikan barang kemas arwah ibunya. Cerita itu sampai ke pengetahuan Faris. Faris rasa bersalah terjumpa surat pajak gadai yang tercicir. Dian bertambah sedih mengetahui surat pajak itu hilang.

Muncul Faris bersama barang kemas yang sudah ditebusnya. Dia mahu memulangkan kepada Dian. Dian menghamburkan kemarahannya kepada Faris. 

Sementara itu dalam diam Eiman yang merupakan teman baik Dian berdepan masalah bila perniagaan ‘food truck’ diusahakan bersama Bob diarahkan pindah oleh pihak kolej. Dian yang bekerja separuh masa dengan Eiman juga runsing bila perkara itu terjadi. 

Dian telah diberi amaran oleh Zana supaya tidak rapat dengan Faris. Sedangkan Dian merapati Faris kerana mahu mendapatkan puisi “Balang Bawah Bulan” bagi menyertai pertandingan lagu puisi.

Satu hari Eiman nekad mahu melamar Dian menjadi kekasihnya. Sebaliknya Dian pula sibuk dengan masalah Faris yang diberitahu hilang ingatan. Eiman kecewa dan terus mahu menjauhkan diri daripada Dian.

Eiman mengamuk besar bila mengetahui Bob menerima bantuan kewangan yang diberikan oleh ayah Eiman untuk menyelamatkan perniagaannya. Dia berdendam terhadap ayahnya atas kematian ibunya dan tidak mahu terhutang budi dengan lelaki itu.

Namun akhirnya Eiman bertemu jawapan sebenar melalui surat ditulis arwah ibunya. Ayahnya langsung tidak bersalah dan ia menimbulkan kekesalan dalam diri Eiman kerana salah faham terhadap ayahnya.

Faris pula sibuk mengejar cinta Dian. Dia serba salah bila mengetahui Eiman yang dianggap sahabat baik turut menyukainya. Zana pula berkeras tidak mahu membiarkan hubungan antara dirinya dengan Faris terkubur begitu sahaja. Dia ikhlas menyintai Faris.

Dalam pada itu keluarga Faris mengingatkan Faris tentang keprihatinan wanita bernama Zana yang setia menemaninya disaat Faris hilang ingatan. Faris mula serba salah memilih siapakah jodoh yang terbaik untuk dirinya.



Balang Bawah Bulan
Bahasa: Melayu
Episod: 13   
Hari: Setiap Rabu Khamis
Masa: 11.30 pagi 
Saluran: TV1 
Arahan: Shahrulezad
Pelakon: Nadia Aqilah, Aidil Aziz, Erwin Dawson, Amyza Aznan, Sobri Anuar, Noryati Taib, Anas Ridzuan, Najua PRamlee, Safia Zuleira 
  

[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan