11 Jun 2018

PELANCARAN MASKOT BAHARU BERSEMPENA RAIKAN RAYA TONTON #RAYAMACAMVIP


"BERLALULAH sudah Ramadan, sebulan berpuasa…Tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembira…..’’, antara alunan bait-bait lagu yang sering berkumandang di corong radio menandakan hari lebaran yang bakal berkunjung tiba. 

Portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton,  tidak melepaskan peluang meraikan Ramadan dan Syawal ini bersama para pelanggan menerusi pelancaran kempen Ramadan Raya #rayaMacamVIP yang sedang berlangsung dari 15 Mei  sehingga 30 Jun 2018. 

Kelangsungan dari beberapa pengisisan program dan kempen Ramadan Raya tahun ini, tonton memperkenalkan karakter maskot terbaharu.

"Sejajar dengan evolusi jenama tonton, kami sentiasa memberikan kelainan selain dari kepelbagaian kandungan hasil sokongan daripada 8.1 juta pengguna kami dalam menjadikan tonton portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu di Malaysia.  Mimi dan Zozo adalah satu transformasi baharu yang terbaik tahun ini dari tonton,”

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.   Tambah beliau lagi,

“Dengan pengenalan maskot tonton pada kali ini, kami mensasarkan siri animasi yang berteraskan kehidupan kucing Mimi dan Zozo yang dijangka dilancarkan pada akhir tahun ini, ”. 



PELANCARAN MASKOT TONTON – MIMI & ZOZO

tonton terus memperkasakan jenamanya menerusi pengenalan karakter maskot Mimi & Zozo. Perwatakan Mimi & Zozo yang ceria, mesra dan riang dilihat mampu membawa aspirasi tonton yang berdaya saing menerusi pendekatan elemen keseronokan dan keriangan. Malah, kemunculan Mimi & Zozo dengan karakter yang mudah didekati selain gemar meneroka dunia baharu bertepatan dengan arah penjenamaan tonton. Kenali lebih dekat karakter Mimi dan Zozo seperti berikut: 


MIMI
Mimi yang tampil dalam karakter feminin berasal dari bandar, amat gemar berhias dan berdandan. Pada masa lapang, si comel ini gemar menonton drama dan melakonkan kembali watak kegemarannya di hadapan cermin.


ZOZO
Zozo, si maskulin aktif yang berasal dari kampung mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, selain gemar mendengar muzik. 




#RAYAMACAMVIP DI TONTON – TAWARAN RANCANGAN HEBAT

Tidak lengkap raya ini tanpa rancangan menarik untuk dinikmati bersama keluarga yang tersayang. tonton menawarkan ulang tayang  telemovie terbaik yang boleh di layari bersama antaranya Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Din Sardin Beraya, Wan Peah Balik Beraya dan banyak lagi. 

Buat tontonan keluarga, saksikan siri drama Korea terbaharu  Suits (lakonan Jang Dong-Gun, Park Hyun-Sik, Chae Jung-An dan Ko Sung-Hee) dan Lawless Lawyer (lakonan Lee Joon-Gi, Seo Ye-Ji, Lee Hye-Young dan Choi Min-Soo) selain siri Marvel Hollywood Cloak & Dagger. 

Turut ditayangkan adalah dua buah siri tonton First iaitu drama  Petua Nenek  yang akan ditayangkan di tonton pada hari Raya pertama (bersiaran 4 bulan lebih awal dari TV)  lakonan Raja Afiq, Adibah Yunus, Liza Abdullah dan Zaidi Omar.

Diikuti  drama 30 episod berbahasa Mandarin, My Sensei Nyonya (lakonan Jojo, Frederick, Lynn, Angeline, Rynn, Kar Wing, Zac, Lavin dan Emily) yang boleh distrim dua bulan lebih awal dari siaran TV.  

Memenuhi kehendak generasi millenial, berhibur dengan siri Original tonton  I, Remember  yang merupakan sebuah kolaborasi drama bersama YouTuber The Ming Thing (TMT). 


AKTIVITI RAMADAN RAYA

Sepanjang Ramadan ini, tonton turut mengagihkan barangan tonton edisi Raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuhraya ke utara, selatan, timur dan barat yang terpilih bermula 12 hingga 14 Jun 2018. 

Dapatkan juga langganan pakej istimewa serta berpeluang menebus sampul duit raya edisi terhad dan kod langganan tonton percuma selama sebulan.  

Selain itu, tonton turut menyertai aktiviti Bazar Terima Kasih bertempat di Sungai Petani, Kedah pada 26 Mei 2018 dan Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka pada 2 Jun 2018.  

tonton juga turut memeriahkan acara Anggun Life Festival yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre pada 8 dan 9 Jun 2018. 


AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK YATIM

Meraikan kemeriahan Syawal, tonton bakal menganjurkan acara Sambutan Hari Raya bersama Anak Yatim pada 14 Julai 2018. Antara aktiviti menarik termasuk pemberian duit raya, pertandingan mewarna bersama Mimi & Zozo selain acara nyanyian bersama selebriti tempatan di rumah anak yatim terpilih. 




TONTON X GOOGLE PLAY – LANGGANAN SEPARUH HARGA!

tonton dengan kerjasama Google Play Apps Store menawarkan diskaun 50% untuk semua langganan di peranti Android. Kini, pelanggan Android hanya perlu membayar RM5 untuk langganan bulanan. Jangan lepaskan peluang! Dapatkan harga promosi Raya bermula dari 18 Jun hingga 24 Jun 2018. 




ISTIMEWA RAMADAN DI XTRA!

Sepanjang Ramadan ini, ikuti tips masakan menarik menerusi segmen Menu Ramadan bersama Chef Imelda Harris di www.xtra.com.my. Ketahui pelbagai juadah berbuka harian sesuai untuk seisi keluarga diolah dari dunia masakan barat yang disesuaikan dengan ciri eksotik masakan timur. 

Di samping itu, dapatkan barangan eksklusif dan edisi terhad tonton di tonton.roopawan.com serta dapatkan diskaun khas ‘Shocking Deals’ sehingga 50% di www.11street.my bermula 18 Mei 2018 ini untuk langganan tonton VIP.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas tonton, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus-menerus (‘binge-watch’). 

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan program-program secara live, saluran  premium, siri eksklusif tonton original, dan arkib video lebih 36,000 jam pengalaman video tanpa iklan dengan pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3.

tonton turut memperkenalkan xtra - portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa penonton. xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. 

Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima.  Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut!

tonton juga boleh diakses di Singapura menerusi aplikasi My Singtel di Singtel Cast, manakala pelanggan DST di Brunei boleh melanggan tonton dengan memuat turun App atau mengakses portal dalam talian melalui www.tonton.com.my. 

Kedua-dua aplikasi boleh didapati melalui Google Play Store atau AppStore. tonton juga kini boleh disuaikan dengan Chromecast dan boleh diakses menerusi Smart TV dan kotak TV Android.


[KREDIT: Tonton]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan