1 Mei 2018

TOP7 KUMPULAN PELAWAK POPULAR MALAYSIA


SEMENJAK program Raja Lawak dan kemudiannya diikuti dengan Maharaja Lawak diperkenalkan stesen TV berbayar, Astro, makin banyak kumpulan lawak yang tampil dalam industri seni dan sekaligus menarik perhatian ramai.

Jom kita tengok siapa yang paling mendapat perhatian ramai.. 




Senario

Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon dan penyanyi dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan. Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996 seperti Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya. 

Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu sehingga ke separuh akhir (2001) dan di final (2006). Mereka juga sukses dengan jualan album-album mereka.Senario juga merupakan antara kumpulan pelawak yang mempunyai banyak filem box office dengan kutipan tertinggi RM6 juta menerusi filem Lagi-lagi Senario (2014), Kumpulan Senario dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman pada Anugerah Lawak Warna Astro.
\



Sepahtu 

merupakan kumpulan pelawak yang dianggotai oleh Jep,Shuib dan Mamat. Pada tahun 2012 Mamat mengundurkan diri daripada Kumpulan Sepah.

Pada tahun berikutnya Jep, Shuib dan Rahim menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 dan menukar nama kepada Sepahtu dan mereka telah dinobatkan sebagai juara. Kini Jep, Shuib & Rahim telah menjadi penyampai radio Sinar FM dalam slot Sepahtu Sinar.




Bocey

Kumpulan Bocey terdiri daripada tiga pelawak iaitu Abam, Acey dan Fad. Antara kumpulan lawak paling popular pada masakini. Ditubuhkan pada tahun 2013 setelah Acey dan kumpulan Bocik bergabung. Bocey menjuari Maharaja Lawak Mega 2016 & 2017. Kini rancangan Bocey & Friends Live bersiaran secara langsung pada hari Jumaat 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124) yang membawakan skatsa secara lansung.




Zero

Tiga pemuda adik beradik ini bangkit dari kehidupan susah mereka dan kini menjadi diantara kumpulan pelawak pelapis Malaysia. Dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Atu. Pernah menjuari Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan yang sinonim dengan tagline 'pantang mundur kecuali operasi'.




Jozan
Kumpulan Jozan ialah kumpulan kombinasi antara Johan Raja Lawak dan Zizan serta merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak musim pertama dan Maharaja Lawak. Kumpulan berlainan negeri ini cukup terkenal menerusi rancangan mereka iaitu Jozan yang disiarkan di Astro. 

Mereka mendapat tempat ke-2 dalam rancangan Maharaja Lawak 2011 dan Mereka juga adalah pengacara rancangan realiti popular Raja Lawak dari musim ke-2 hingga musim ke-7. Menjadi juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2012.




Shiro
kumpulan Shiro dianggotai oleh Shahrol dan Ajak .Kehadiran mereka di pentas komedi telah mewujudkan fenomena. Ternyata gabungan idea dua anak muda ini berjaya meletakkan elemen lawak di suatu tahap yang tinggi sehingga mendapat tempat di hati peminat dengan mesej-mesej yang baik.

Mengecapi populariti hasil daripada kemantapan lawak secara duo, dua lelaki kelahiran Johor ini sebenarnya tidak pernah menyesal tentang peralihan mereka daripada pekerjaan tetap kepada dunia yang lebih mencabar - berlakon dan berlawak. Pernah menjadi Juara Raja Lawak Musim keenam. 




Puteh
Kumpulan putih terdiri daripada Ali dan Mamak  Ali merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey. Menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan