4 Mei 2018

SYIF, JURURAWAT LELAKI


MENJADI seorang jururawat bukanlah satu tugas yang mudah. Mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya ketika merawat pesakit, tetapi mereka juga seorang manusia biasa. Emosi pasti terganggu jika yang terbaring di depannya adalah ahli keluarga atau kenalan mereka sendiri. Begitulah kisah yang melatari telemovie bertajuk Syif.

Telemovie lakonan Aidil Aziz, Beego, Linda Hashim, Pushpa Narayan dan Dayana Roza ini bakal menemui penonton pada 5 Mei, pukul 2.00 petang di TV2. 

Mengetengahkan watak Sahak, seorang jururawat lelaki yang baru bertukar daripada hospital di Jitra ke hospital di Kuala Lumpur. Di tempat barunya dia bertugas di Unit Kecemasan. Pada hari pertama di sini, Sahak telah melapor diri kepada Ketua Jururawat di Unit Kecemasan yang dipanggil Kak Devi. 





Sahak dibawa oleh Kak Devi melawat kesemua bahagian di situ serta diperkenalkan kepada semua staf lain. Sebaik sahaja habis lawatan, telah berlaku kecemasan. Semua pesakit yang cedera parah dalam suatu kemalangan dibawa masuk ke Unit Kecemasan. 

Sahak ditugaskan membantu Dr. Borhan dan Dr. Mila merawat pesakit-pesakit tersebut. Terdapat tiga orang pesakit yang cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan bas ekspres dan salah seorang daripada pesakit tersebut adalah adik Sahak sendiri. 




Selepas ternampak adiknya, Sahak tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan asyik tersilap sehingga dia dimarahi oleh Dr. Mila dan Dr. Borhan. Sahak cuba menerangkan keadaan sebenarnya tetapi tidak berpeluang berbuat demikian. 

Setelah berjaya menenangkan dirinya, Sahak terus fokus kepada kerja sehingga dia mendapat pujian daripada staf-staf yang lain. Apabila Dr. Mila, Dr. Borhan dan Kak Devi mendapat tahu mangsa kemalangan termasuk adalah adik Sahak, mereka terus meminta maaf kepadanya. Akhirnya adik Sahak selamat selepas menjalani dua kali pembedahan. 



Syif
Tarikh Tayangan: 5 Mei 2018
Hari: Sabtu
Masa: 2.00 Petang
Saluran: TV2 
Pelakon: Aidil Aziz, Beego, Linda Hashim, Pushpa Narayan dan Dayana Roza


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan