17 Mei 2018

RTM TAMPIL PELBAGAI PROGRAM MENARIK RAMADAN 2018


RTM bakal berkongsi tayangan 17 program terbaharu keseluruhannya sepanjang Ramadan ini. Masing-masing 11 program di TV1 dan enam program menerusi saluran TV2 yang merangkumi telemovie, drama bersiri, majalah, dan dokumentari.




SYAHADAH 2018
Program tonggak iaitu Syahadah 2018 musim ke-13 kali ini memaparkan kisah Muslim minoriti yang tinggal di Jepun. Ia disiarkan Ramadan ini mulai 7 Jun 2018, menerusi TV1 pukul 6.30 petang, dan ulangannya pukul 11.30 malam manakala TV2 menyiarkannya pukul 6.00 petang, ulangan pukul 5.30 pagi.

KETUK-KETUK RAMADAN 2018
Saluran utama TV1 menyiarkan 30 episod program Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-14’ mulai 16 Mei ini, setiap hari, pukul 12.30 tengah hari. Program majalah nombor satu Ramadan ini menampilkan artis terkenal Ismail Izani Raisha Senrose, Wawa Zainal, Erma Fatima, Syuk Balas, Haqiem Rusli, Ayda Jebat dan ramai lagi. 




ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
Saksikan drama bersiri sarat pengajaran dan keinsafan bertajuk Isteri Untuk Diiktiraf lakonan Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Shah Jaszle, dan Dayana Roza. Siri adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini mengisahkan kedudukan Safiyya sebagai isteri berasal dari kampung sering dihina oleh suaminya, Tengku Wildan yang ada hubungan dengan Ann Julia. Tetapi Safiyya bukanlah jenis perempuan kampung yang boleh disindir-sindir sangat, dia akan lawan juga. Ia disiarkan setiap hari, mulai 16 Mei ini, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan.




DESTINASI UKHWAH
Slot Kejora pula menyiarkan drama bersiri Destinasi Ukhwah mulai 17 Mei ini, pukul 11.30 pagi yang memaparkan kisah empat pemuda yang bertemu di Johor dan memulakan pengembaraan dari negeri ke negeri, bertemu pelbagai kisah kehidupan untuk menyampaikan dakwah. Pelakon utama Amerul Affendi, Fendi Bakry, Zalif Sidek dan Adam Shahz.  




4 TELEMOVIE
Empat telemovie mengisi slot Panggung Seri disiarkan pukul 9.00 malam bertajuk Kerantung (19 Mei), Permaisuri Syurga (26 Mei), Perahu Kecil (2 Jun) dan Ayah Bohong Lagi (9 Jun). 


TRAVELOG 4 IWAN
Diikuti program majalah travelog 4 Iwan (mulai 17 Mei ini, setiap hari, 5.30 petang), Nukilan Ramadan (mulai 30 Mei ini, setiap hari, 5.30 petang) juga program animasi kanak-kanak bertajuk Iqwan & Iqwin mulai 16 Mei ini, pukul 2.30 petang.



SELUMBAR KASIH
Selumbar Kasih mulai 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1.00 tengah hari menampilkan lakonan mantap Jasmin Hamid, Zarina Zainoordin, Azzahra Ahmad, Erry Putra, Azhan Rani, dan Idzham Ismail. 

Ia mengangkat watak Khadijah, ahli perniagaan yang menempuh pelbagai cabaran dalam perniagaan dan kehidupannya setelah kematian suaminya. Khadijah berkahwin dengan Nadim yang muda daripadanya meskipun tidak direstui anaknya Fahmi. Khadijah mengalami kejatuhan buat kali kedua dalam hidupnya bila Nadim curang dan perniagaannya kembali bermasalah. Ikuti kecekalan Khadijah bangkit semula daripada kegagalan hidupnya.




GENG BAZAR
Kisah kekeluargaan melatari 26 episod Geng Bazar disiarkan mulai 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 4.30 petang kisah usaha sekumpulan peniaga bazar cuba membantu Pak Mat yang ditimpa kemalangan untuk mengumpulkan duit bagi menjenguk anaknya yang berada di Rusia. Akan tetapi mereka mula berubah apabila ada pihak yang menganjurkan pertandingan gerai tercantik dengan tawaran hadiah RM1000.00 kepada pemenangnya. Ia dilakonkan oleh Haeryanto Hassan, Kathy Azian, dan Hafiz Halim.




GENG TADARUS
Dibintangi pelakon Reen Rahim, Syakilla Koriri, Tasya Yong, Ieda Moin, Harris Baba, Liza Abdullah, dan Ashraf Muslim, ikuti komedi dalam Geng Tadarus yang disiarkan mulai 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 11.30 malam. Ia memaparkan Arlene, bekas ratu cantik yang kehilangan suami dan anak dalam nahas kapal terbang. Arlene sunyi lalu dia menghubungi rakan-rakan sekolahnya dan nekad memantapkan ilmu agama seiring pernghijrahannya lalu mereka sepakat menubuhkan Geng Tadarus




MUSAFIR
Turut disiarkan program travelog Musafir mulai 11 Mei 2018, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang yang menampilkan Mawi sebagai pengacara mengembara ke beberapa desa terpencil seluruh Malaysia mencari keunikan masyarakat pedalaman meraikan bulan Ramadan.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan