15 Mei 2018

#RAYAMACAMVIP, TONTON LANCAR KEMPEN RAMADAN RAYA


DISENARAIKAN sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 8 juta pengguna, tonton melancarkan kempen Ramadan Raya selama 1 bulan setengah bermula daripada 15 Mei 2016 sehingga 30 Jun 2018 dengan perisian menarik untuk para pelanggan tonton.

Bersempena bulan ramadan dan hari raya yang bakal menjelang tiba, tonton dengan kerjasama Google Play Apps Store menawarkan diskaun hebat potongan sebanyak 50% untuk semua langganan khusus kepada pengguna android. Kini, pelanggan hanya perlu membayar RM5 untuk langganan bulanan dan RM48 untuk langganan tahunan.

Buat pertama kalinya selepas dua tahun pelancaran tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian percuma (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan SVOD, tonton bakal memperkenalkan maskot pertamanya yang akan dilancarkan pada 7 Jun depan bertempat di Hotel Le’ Meridien KL Sentral bersempena dengan majlis berbuka puasa.   

Raikan Ramadan ini dengan program-program menarik yang ditawarkan oleh tonton. Pengisian drama siri terbaik seperti Ramadan Jangan Pergi, 7 Ramadan, Ramadan Terakhir, Hidayahmu Ramadan dan Ramadan Yang Hilang menerusi saluran khas drama di bulan Ramadan. 

Tonton juga  menampilkan Suits (drama Korea) dan siri TV Marvel Cloak and Dagger. Bersempena cuti sekolah di musim raya ini juga, kanak-kanak akan dihiburkan dengan rancangan-rancangan animasi seperti  Pokemon Sun & Moon, Barbie Dreamtopia, Turning Mecard dan Thomas & Friends.




Sebuah siri Original tonton I, Remember turut disiarkan dibulan Ramadan ini yang bersesuaian dengan kehendak generasi millenial. I, Remember adalah kolaborasi pertama tonton bersama The Ming Thing (TMT), nama yang tidak asing lagi di saluran YouTube berbahasa Inggeris. 

Drama bersiri empat episod ini akan menemui peminat bermula 20 Mei serta membuat siri jelajah ke destinasi kampus yang terpilih bagi tujuan promosi. 

Lawati kiosk tonton yang turut mengagihkan barangan tonton edisi Raya di stesen-stesen MRT dan LRT yang terpilih pada 11 hingga 14 Jun 2018 bermula jam 4 petang sehingga 7 malam. Dapatkan langganan pakej-pakej istimewa yang ditawarkan serta berpeluang menebus sampul duit raya edisi terhad berserta kod promo percuma selama sebulan.

Selain daripada itu, tahun ini tonton juga akan turut serta dalam aktiviti di Bazar Terima Kasih yang dijadualkan di Sungai Petani, Kedah (tempat letak kereta Amanjaya Mall) pada 26 Mei ini dan di sebelah Dataran 1 Malaysia, Klebang Melaka pula pada 2 Jun, bermula jam 4 petang sehingga jam 7 malam. 

Untuk yang berada di selatan tanah air, tonton bakal memeriahkan Anggun Life Festival yang akan mengambil tempat di Persada Johor International Convention Centre. Anggun Life menghimpunkan vendor-vendor fesyen ternama dibawah satu bumbung, bermula pada 8 dan 9 Jun jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam. 

Tambah kemahiran memasak anda pada bulan Ramadan, dengan melayari laman tonton xtra yang menjanjikan tip-tip menarik sepanjang bulan mulia ini. Tambahan lagi, portal tonton xtra juga akan menampilkan rancangan Menu Ramadan bersama Chef Imelda Harris bagi yang gemar mempelajari resipi baru eksklusif hanya di www.xtra.com.my . 





Selain itu, hasil kerjasama erat dengan Singtel, tonton juga akan ke Singapura untuk memeriahkan karnival CelebFest yang bakal dihangatkan lagi dengan aktiviti-aktiviti bersama barisan selebriti terkenal seperti Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri dan Izzue Islam di samping penampilan khas Mak Cun (Eirma Fatima) yang diterbangkan khas oleh tonton pada 18 Mei sehingga 20 Mei ini. Acara ini bakal diadakan di Suntec Convention & Exhibition Centre yang bertemakan Taqwa Celebfest.

“Untuk kempen ramadan raya kali ini, tonton menawarkan potongan 50% kepada pelanggan baru kami. Ini merupakan tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menjadikan kami sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu. 
Kami akan terus menyajikan kandungan rancangan berdefinisi tinggi (HD) kepada para pelanggan,” Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad

Tambah beliau lagi,

“….ceriakan raya anda bersama tonton.  tonton menawarkan program-program menarik hari raya dengan gaya baru sambil melayari tonton menerusi komputer riba, tablet atapun telefon bimbit anda.  tonton merupakan platform terbaik untuk anda dan keluarga di hari raya ini. ”

Di samping itu, dapatkan barangan eksklusif dan edisi terhad tonton di www.roopawan.com serta dapatkan diskaun khas  sehingga 50% di www.11street.my bermula 18 Mei 2018 ini untuk langganan tonton VIP.


[KREDIT: TONTON]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan