11 Mei 2018

MISI ADIRA, SEMPENA HARI JURURAWAT


RAMAI di antara kita tidak tahu bahawa 12 Mei merupakan Hari Jururawat Sedunia. Justeru itu, RTM tidak melupakan pengorbanan hebat seorang insan yang bergelar jururawat ini. 

Saksikan sebuah telemovie yang cuba mengangkat peranan seorang jururawat yang besar baktinya pada masyarakat, bertajuk Misi Adria pada 12 Mei ini, pukul 3.05 petang. 

Telemovie karya Asmira Suhadis ini mengetengahkan pelakon Nadiya Nisaa yang membawakan watak utama sebagai jururawat bernama Adria di samping pelakon Syed Ali, Roslam Madun, Lan Siro dan ramai lagi.

Menariknya telemovie yang mengisahkan cabaran jururawat dari bandar yang berkhidmat di pendalaman ini diilhamkan penulis skripnya Asmira Suhadis menerusi kisah sebenar tugas terpaksa digalas jururawat pendalaman yang menggunakan pengangkutan sungai.




Ia turut mengangkat kisah cabaran didepani seorang jururawat di pendalaman terutama melibatkan dua perkara iaitu situasi orang tua yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital dan golongan wanita yang enggan melakukan pemeriksaan di awal tempoh kehamilan. Hakikatnya mereka kurang diberi pendedahan tentang risiko yang dapat dikurangkan jika mendapat pemantauan awal dari hospital.

Menjalani penggambaran di Ulu Tembeling, Taman Negara, Pahang, menerusi telemovie ini penonton dapat menikmati keindahan destinasi pelancongan terkenal itu, selain merasai pengalaman menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

Plot kisah drama ini berkembang melalui watak Adria, dimana penonton dapat menghayati tanggungjawab digalas jururawat yang bertugas di kawasan pedalaman bukan mudah. Malah Adria juga terpaksa berdepan dengan sikap bidan kampung yang enggan bekerjasama dalam memastikan keselamatan pesakit.

Pada masa sama Adria berkenalan dengan pemuda kampung bernama Taufiq yang juga pemandu bot yang sering dinaikinya ketika bertugas di pendalaman. 



Telemovie Misi Adria
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2018
Hari: Sabtu
Masa: 3.05 Petang
Saluran: TV1 
Pelakon: Nadiya Nisaa, Syed Ali, Roslan Madun


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan