25 Mei 2018

C'EST SI BON,.. ANTARA MIMPI, CINTA, PERSAHABATAN


SANTAI malam minggu anda diisi dengan tayangan filem Korea bertajuk C’est Si Bon yang disiarkan RTM pada 26 Mei ini, pukul 11.00 malam mengisi slot Layar Asia di TV2.

Menyorot kisah antara mimpi, cinta dan persahabatan, filem arahan Kim Hyeon-Seuk ini mengisahkan watak Oh Geun Tae (Jung Woo), adalah seorang mahasiswa berasal dari keluarga nelayan. 

Dia secara tiba-tiba diarahkan bergabung dengan dua orang penyanyi berbakat untuk kemudian digelarkan sebagai trio. Bakat Geun Tae dicungkil oleh Lee Jang Hee (Jang Hyun Suk), seorang produser dari kelab muzik C’est Si Bon. 

Keunikan vokal Geun Tae dianggap mampu melengkapi dua penyanyi yang sudah popular sebelumnya, Yoon Hyeong Joo (Kang Ha Neul) dan Song Chang Sik (Jo Bok Rae)




Melihat potensi dari tiga orang penyanyi ini, Jang Hee bersama Direktor Kim pemilik kelab, sepakat menyatukan mereka sebagai trio bernama C’est Si Bon.

Pada awalnya agak sukar untuk menyatukan ketiga-tiganya dalam sebuah kumpulan. Mereka seringakli bergaduh terutama Hyeong Joo dan Chang Sik yang merasakan diri mereka terbaik dalam kumpulan itu. 

Produser Lee Jang Hee mahu Geun Tae belajar daripada keduanya untuk menjadi pemuzik yang lebih baik. Akhirnya mereka berserah dan mula menerima antara satu sama lain.




Konflik mula muncul dengan kehadiran wanita cantik bernama Min Ja Young (Han Hyo Joo). Ja Young adalah anggota grup teater yang juga suka mengunjungi kelab C’est Si Bon. 

Geun Tae dapat melihat kesungguhan dua pemuda tersebut cuba mendapatkan gadis itu. Namun tanpa diduga Ja Young lebih berminat kepada Geun Tae. Mereka mula menjalinkan hubungan cinta. 

Ja Young bercita-cita besar mahu menjadi pelakon teater terkenal. Geun Tae menyokong hasrat kekasihnya itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan Ja Young. 





Satu hari ketika C’est Si Bon ingin dilancarkan sebagai artis rakaman, Geun Tae tiba-tiba mengundur diri disebabkan oleh Ja Young. Kerana tidak punya pilihan lain, Hyeong Joo dan Chang Sik mengubah nama mereka menjadi ‘Twin Folio’. 

Tanpa diduga kumpulan Twin Folio diterima ramai dan jadi popular dalam waktu yang singkat. Tetapi kejayaan mereka tidak lama kerana mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Baik C’est Si Bon mahupun Twin Folio cuma tinggal kenangan.   

40 tahun kemudian terbongkar rahsia yang Ja Young terlibat menjadi dalang di sebalik pembubaran Twin Folio. Apakah yang dilakukan oleh Ja Young? 



Filem C'est Si Bon
Tarikh Tayangan: 26 Mei 2018
Hari: Sabtu
Masa: 11.00 Malam
Saluran: TV2 (Slot Layar Asia)
Arahan: Kim Hyeon-Seuk    
Pelakon: Jang Hyun Suk, Kang Ha Neul, Jo Bok Rae


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan