20 Apr 2018

SCHA AL-YAHYA, CIK KEJU IKAN MASIN?


SAKSIKAN kisah perbezaan darjat dan taraf hidup menjadi penghalang hubungan pasangan dan seterusnya mencetuskan perbalahan yang berpanjangan melatari telemovie bertajuk Cik Keju Ikan Masin, bersiaran pada 22 April ini, pukul 10.05 pagi, menerusi slot Panggung Ahad.

Telemovie arahan Azhar Khalid ini menggandingkan Scha Al Yahya dan Nazim Othman yang mengisahkan watak seorang gadis bandar bernama Nelya yang digelar 'Cik Keju' dengan jejaka berasal dari desa dikenali sebagai Reza atau dipanggil 'Encik Ikan Masin'. 

Kisahnya bermula bila kedua pasangan yang miliki banyak perbezaan ibarat langit dan bumi ini telah bernikah tanpa wujud perasaan cinta dan sayang. Mereka terpaksa berkahwin atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 




Nelya dengan gaya hidup bandarnya berasa amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di desa. Termasuklah cuba membiasakan diri makan makanan kampung dan melakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai. 

Cabaran disahut Reza untuk ‘membiasakan’ Nelya, anak bandar menjalani kehidupan kampung dan memperkenalkan isterinya itu dengan kehidupan biasa yang dilaluinya sejak kecil.

Dengan perbezaan latar kehidupan seharian antara keduanya, mampukah mereka meneruskan hubungan yang terjalin? Atau terleraikah ikatan yang baru terbina antara mereka? 

Turut dibintangi pelakon Ann Abdullah, usah ketinggalan menyaksikan drama menarik penuh dengan adegan lucu mencuit hati ini. 



Cik Keju Ikan Masin
Tarikh Tayangan: 22 April 2018
Hari: Ahad
Masa: 10.05 Pagi
Saluran: TV1 
Arahan: Azhar Khalid 
Pelakon: Scha Al-Yahya, Nazim Othman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan