1 Apr 2018

PROGRAM MENARIK APRIL, KIX HD MALAYSIA


JOM ikuti porgram-program menarik sepanjang bulan April di Kix HD Malaysia (saluran Astro 729) yang pasti menghiburkan!


Asian Combat Sports
Setiap Isnin @ 10.00pm 

Saksikan seni mempertahankan diri dan perlawanan dari Asia dalam Kunlun Fighting MMA. TopKing dan Road FC menampilkan petinju-petinju yang berasal dari Asia.


Kunlun Fight MMA 19-21  
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Isnin, 2, 23 & 30 Apr @ 10.00pm

Sukan tinju dan MMA dari China kini semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Semenjak diperkenalkan pada Januari 2014, Kunlun Fight telah menjadi fenomena global dan telah menampilkan petinju-petinju MMA antarabangsa terkenal dalam setiap perlawanannya!




Road FC 047 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Isnin, 16 Apr @ 10.00pm 

Sukan MMA kini semakin mendapat sambutan di Korea Selatan, dan ROAD FC adalah salah satu perlawanan utama yang diminati ramai.


TopKing World Series 18
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Isnin, 9 Apr @ 10.00pm 

Pertandingan Muay Thai Bertaraf Dunia yang membenarkan peraturan keseluruhan Muay Thai iaitu menggunakan tujahan lutut dan siku.


Car Matchmaker S3
Siaran Perdana: Rabu 18 Apr @ 9.00pm

Bekas penulis Seinfeld, hos rancangan TV dan pelawak, Spike akan mencari lelaki yang memerlukan kereta. Dengan kepakaran selama 20 tahun, beliau akan mencari tiga kereta berbeza yang bersesuaian dengan pembelinya.


Car Matchmaker S3
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Rabu, 18 Apr @ 9.00pm
Episodes Baharu: Setiap Rabu @ 9.00pm 
Pengacara: Spike Feresten

Pelawak dan pakar kereta, Spike Feresten kini kembali! Bekas penulis Seinfeld, hos rancangan TV dan pelawak, Spike akan membantu anda mencari kereta yang sesuai untuk anda. Menerusi rancangan Car Matchmaker, Spike akan mencari lelaki yang memerlukan kereta baharu. 

Selepas mengenali personalitinya, beliau akan menggunakan kepakarannya selama 20 tahun untuk mencari tiga kereta berbeza yang paling sesuai untuk pembelinya. Pada setiap penghujung episod, hanya satu kereta akan menjadi pilihan pembeli. Persoalannya, adakah Spike akan bersetuju dengan pilihan pembelinya? Bagaimana pula dengan pilihan penonton?  

Memperkenalkan hosnya SPIKE FERESTEN. Penulis rancangan TV Amerika, penulis skrip lakon layar, pelawak dan personaliti TV yang terkenal dengan karyanya untuk Seinfeld, rancangan David Letterman, dan sebagai hos rancangan larut malam Spike Feresten sejak 2006. Kini dia kembali sebagai hos siri Car Matchmaker untuk Esquire Network.


Crazy Wheels
Siaran Perdana: Khamis, 5 Apr @ 9.00pm
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Khamis, 5 Apr @ 9.00pm
Episodes Baharu: Setiap Khamis @ 9.00pm 

Rancangan siri rakaman video kiriman penonton yang memaparkan aksi lucu, merbahaya dan pelik yang melibatkan kenderaan empat roda dan kenderaan lain

Car Matchmaker
Setiap Sabtu Malam @ 9.00pm 

Saksikan bintang-bintang hebat Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Brad Pitt, Wesley Snipes dan Gerard Butler pada setiap malam Sabtu!


The Art of War
Siaran Perdana: Sabtu, 7 Apr @ 9.00pm 
Pengarah: Christian Duguay
Pelakon: Wesley Snipes, Anne Archer, Maury Chaykin

Seorang pegawai UN dituduh melakukan pembunuhan dan perlu mengelak daripada FBI dan kongsi gelap untuk menyiasat kontena yang dipenuhi mayat orang-orang pelarian.


Troy 
Siaran Perdana: Sabtu, 14 Apr @ 9.00pm 
Pengarah: Wolfgang Petersen
Pelakon: Brad Pitt, Eric Bana, Orlando Bloom

Sebuah adaptasi daripada karya epik oleh Homer, filem ini menceritakan tentang serangan ke atas Troy oleh pihak sekutu Greek dan kisah di sebalik pejuang-pejuang yang mempertahankan wilayah mereka


The Hunger Game: Mockingjay – Part 2 
Siaran Perdana: Sabtu, 21 Apr @ 9.00pm
Pengarah: Francis Lawrence
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth

Selepas diangkat sebagai Mockingjay,  Katniss Everdeen, seorang ketua pemberontak yang tegas dan sekutunya, District 13 bersatu untuk menumpaskan Capitol yang kejam!




God of Egypt
Siaran Perdana: Sabtu, 28 Apr @ 9.00pm 
Pengarah: Alex Proyas
Pelakon: Brenton Thwaites, Nikolaj Coster-Waldau, Gerard Butler

Wira perkasa, Bek, bergandingan dengan dewa Horus untuk menentang Set, dewa kegelapan yang kejam dan telah merampas takhta hingga menyebabkan kacau bilau di Mesir.


Easter Holiday Movie Marathon
Isnin, 1 Apr, bermula @ 1.00pm

Raikan Easter di KIX HD dengan filem-filem aksi yang dibintangi Fan Bingbing, Jessica Alba dan Hugh Jackman!


Steve Austin’s Broken Skull Challenge S5 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Episode Baharu: Setiap Jumaat @ 9.00pm

Musim ini, para peserta baharu akan mempertaruhkan kekuatan masing-masing dalam  Steve Austin’s Broken Skull Ranch. Setiap minggu, atlet-atlet hebat dunia serta peserta-peserta terpilih akan cuba menewaskan lawan mereka dalam pusingan-pusingan yang sangat mencabar. Setiap cabaran menjadi lebih sukar kerana lokasi pertandingan yang terletak di padang pasir yang panas terik. Hanya peserta yang terkuat akan berdepan dengan “Skullbuster” yang direka sendiri oleh Austin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan