8 Apr 2018

DRAMA MINI DIGITAL 3 GADIS MANIS KEMBALI SERBA BARU


BAGI memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baru, karya digital kompak, 3 Gadis Manis 2, atau 3GM2 menjadi tarikan terbaru di platform digital.

Masih mengekalkan format penceritaan yang sama dengan musim pertama, namun kali ini dengan kisah yang berbeza/ Drama mini 3GM2 tidak terikat dengan konsep berat sebaliknya mengangkat genre komedi romantik yang bersifat lebih santai.




Drama 3GM2 yang berdurasi 15 minit sepanjang tujuh episod bakal disiarkan di sepenuhnya secara ekslusif menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi gempak mulai 9 April 2018.

Untuk musim terbaru, 3GM2 menyaksikan gandingan Hanna Delisha, Yaya Zahir, Dee AlHadi, Aedy Ashraf dan Fahad Iman.




[KREDIT INFO & FOTO: ASTRO]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan