16 Apr 2018

DIVERGENT, KISAH KEHIDUPAN FUTURISTIK


RTM bakal menyajikan sebuah filem pecah panggung buat penonton setianya. Saksikan filem sains fiksyen hebat berjudul Divergent bersiaran pada 17 April ini, pukul 9.30 malam di saluran TV2.

Filem garapan pengarah hebat Neil Burger mengangkat kisah perjuangan seorang wanita bernama Beatrice Prior atau lebih dikenali Tris, untuk merahsiakan identinya sebagai Divergent. Kehidupan futuristic di Chicago membahagikan manusia dewasanya kepada lima puak, Candor, Erudite, Amity, Dauntless dan Abnegation. 

Divergent adalah gelaran bagi seseorang yang tidak tergolong dalam kelima-lima puak tersebut. Sebelum ditentukan seseorang itu tergolong dalam puak yang mana, seseorang itu perlu melalui satu ujian. 

Tris adalah salah seorang daripada Divergent. Ketika menjalani ujian itu, Tris sudah merasakan dirinya adalah seorang Divergent. Seorang wanita bernama Tori yang menjalankan ujian atas dirinya menyuruh dia merahsiakan identiti dirinya sebagai Divergent kerana dianggap sangat berbahaya dan akan membinasakan puak-puak lain.




Bermulalah perjuangan Tris supaya diterima untuk menyertai puak Dauntless yang selalu dia banggakan. Dia berusaha melakukan segala ujian keberanian walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawanya.

Dalam ujian peringkat awal, Tris perlu terjun dari bangunan tinggi dan melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak laju. Dia berjaya melalui kesemua ujian tersebut tetapi sedar bahawa keselamatan ibu dan bapanya serta kekasihnya yang merupakan salah seorang daripada ketua kelompok tersebut terancam.

Plot cerita semakin menarik apabila Tris mendapat tahu salah seorang pengajarnya, Four juga seorang Divergent. Mereka bergabung tenaga untuk memperjuangkan nasib golongan Divergent yang ingin dimusnahkan oleh puak lain.

Adakah Tris dan Four berjaya memperjuangkan nasib mereka sebagai Divergent? Saksikan kesudahan filem lakonan hebat Shailene Woodley, Theo James, Ansel Elgort, Kate Winslet dan Ashley Judd ini hanya di saluran TV2.



Divergent
Tarikh Tayangan: 17 April 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 
Arahan: Neil Burger 
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Ansel Elgort, Kate Winslet dan Ashley Judd  


[KREDIT INFO & FOTO: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan