21 Mac 2018

KISAH DI SEBALIK PENJARA, ISLAND OF FIRE


SAKSIKAN kisah seorang anggota polis yang melakukan penyamaran di dalam penjara untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan dalam Island Of Fire, mengisi slot Golden Dragon pada 22 Mac ini, pukul 9.30 malam. 

Filem arahan Kevin Chu ini dibarisi pelakon aksi hebat Hong Kong, Jackie Chan, Andy Lau, Tony Leung Ka-fai dan Sammo Hung. Plot cerita dimulakan dengan mengetengahkan watak Wang Wei, seorang anggota polis yang melakukan tugas penyamaran di dalam penjara dengan harapan dapat mencari jawapan kepada satu siri kes pembunuhan. 

Misi utamanya adalah untuk menentukan bagaimana cap jari yang dikesan pada seorang mangsa pembunuhan milik seorang penjenayah yang sudah dihukum bunuh tiga bulan sebelum kejadian itu berlaku. Dia turut disiksa kerana terlibat dengan hal-hal di dalam penjara. 




Sementara itu, filem ini turut mengetengahkan watak lain seperti Da Chui, yang secara tidak sengaja membunuh seseorang sewaktu sedang mengumpul duit untuk menyelamatkan teman wanitanya. Iron Ball pula disumbat dalam penjara kerana membalas dendam atas kematian saudara lelakinya yang dibunuh Da Chui. Kui, ketua banduan dan juga Fatty yang sering melarikan diri untuk berjumpa dengan anak lelakinya.

Apabila Wang membunuh seorang pengawal penjara yang korup, dia dijatuhkan hukuman tembak oleh salah seorang pegawai. Pada masa itu dia mengetahui bahawa pemilik cap jari yang dicari selama ini digunakan oleh warden sebagai pembunuh upahan untuk membunuh penjenayah yang berbahaya. 

Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan Wang Wei? Adakah dia berjaya menyelesaikan misinya dan keluar dari penjara dengan selamat? Saksikan kesudahan kisah penuh aksi ini di saluran TV2.



Island of Fire
Tarikh Siaran: 22 Mac 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV1
Arahan: Kevin Chu
Pelakon:  Jackie Chan, Andy Lau, Tony Leung Ka-fai, Sammo Hung dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen