23 Mac 2018

DI MATAMU, SUFIAN SUHAIMI




PENANGAN episod putus tunang Sufian Suhaimi dan  Elfira Loy baru-baru ini menjadikan single terbaru nyanyian Sufian, Di Matamu yang secara rasminya dilancarkan hari ini meraih jumlah tontonan lebih 1 juta dan trending di saluran youtube dalam tempoh tidak sampai 24 jam.


  • Di Matamu dilancar secara rasmi pada hari ini, 23 Mac, bersempena tarikh asal pernikahan Sufian dan Elfira ketika mereka masih lagi dalam ikatan pertunangan.
  • Biarpun Sufian menafikan lagu ini ada kena-mengena dengan kisah putus tunangnya, peminat terus membuat spekulasi dan mendakwa lagu ini memang menceritakan tentang kisah dirinya.
  • Lagu dan lirik merupakan karya ciptaan Sirkhan serta Rinkarnaen.
  • Single terbaru ini Sufian ini telah dinyanyikan kembali atau 'cover' oleh ramai peminatnya.
  • Antara rakan artis yang turut cover lagu ini dalam versi mereka, antaranya Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli, Ara Johari, Aliff Aziz, Naim Daniel, Daiyan Trisha, Betty Rahmat dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan