23 Mac 2018

BILA LELAKI PUN MELATAH, CINTA LATAH


SAKSIKAN gelagat lelaki melatah dalam telemovie bertajuk Cinta Latah lakonan Amar Asyraf, Izzue Islam dan Izreen Azminda. Memaparkan kisah hidup pemuda yang berlagak latah menaruh hati dengan seorang gadis pilihannya 

Menemui penonton pada 24 Mac ini, pukul 10.30 malam di TV2. Kisahnya berkembang dengan watak Shaza, Zana, Mok dan Izat yang merupakan rakan baik, satu pejabat. Mok seorang pelatah semula jadi. Aizat menyimpan hati pada Shaza tapi tidak berbalas. 

Mok dengan karektor seorang pelatah di lihat Izat sebagai minta apa semua dapat. Hinggakan Zana dan Shaza lebih rapat dan suka pada Mok berbanding Izat. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu Izat pada Mok.

Timbul rasa Izat hendak belajar latah dari Mok kerana dia beranggapan sifat Mok sebagai pelatah menjadi sebab untuk dia minta apa saja dapat termasuk soal kerja dan yang penting dapat memenangi hati Zana dan Shaza. Izat telah belajar berlatah dengan Mok dan akhirnya menjadi pelatah tegar di pejabat.

Shaza menghadapi masalah bila ibunya Puan Norma telah menerima risikan budak bandar. Shaza diberi kata dua samada tunjukkan calon kekasihnya atau menerima saja risikan budak bandar tersebut.

Shaza belum bersedia lagi untuk berumahtangga hingga dia mengoyak gambar bakal suaminya yang diberikan oleh ibu saudaranya, Mak Su Piah. Shaza kemudiannya berpakat dengan Mok untuk berlakon sebagai bakal calon buah hatinya untuk mengaburi mata ibunya. Mok pula simpati dengan Izat dan meminta Izat menjadi calonnya dan dia sebagai wakil.

Pada hari merisik yang diketuai Mok, ibu Zana perasan yang Izat adalah serupa dengan calon budak bandar anak orang berada seperti gambar yang diberi oleh Mak Su Piah. Pada masa yang sama Izat juga telah memusnahkan gambar Shaza yang di atur oleh keluarganya. Bila keduanya perasan yang calon diatur oleh keluarga adalah orang yang sama, masing-masing cuba mengesahkan gambar yang telah mereka musnahkan dahulu.

Puas dicantum semula gambar yang telah dimusnahkan tetapi tidak dapat dicantum semula kerana telah rosak teruk. Dengan bantuan kedua orang tua, akhirnya Shaza dan Izat akui bahawa jodoh lakonan mereka adalah jodoh sebenar yang telah diatur keluarga.



Cinta Latah
Tarikh Siaran: 24 Mac 2018
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 Malam 
Saluran: TV2
Arahan: 
Pelakon: Amar Asyraf, Izzue Islam, Izreen Azminda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan