25 Feb 2018

KESEMPURNAAN TESSA VIRTUE, SCOTT MOIR, CURI PERHATIAN SELURUH DUNIA




KESERASIAN persembahan pasangan luncur ais terkenal, Tessa Virtue dan Scott Moir di gelanggang ais sukan Olimpik musim sejuk di berlangsung si Pyeongchang mencuri tumpuan dunia dan masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.

Kesempurnaan langkah yang di atur dengan keserasian fizikal serta minda mereka terserlah dalam persembahan yang dipamerkan mereka berdua.   

Berlatar belakangkan lagu Come What Way nyanyian Roaxanne dari filem Moulin Rouge, pasangan dari Kanada ini memukau seluruh penonton di gelanggang dengan rutin yang cukup romantis dan penuh aura.

Virtue dan Moir menang pingat emas dengan catatan rekod dunia 206.07 mata. 

Menariknya kejayaan mereka ini turut menjadi virai sekuruh dunia sehingga video persembahan mereka di Youtube telah ditonton lebih 3 juta kali dalam masa beberapa hari sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan