23 Feb 2018

HEART OF THE CITY, DRAMA TURKI 60 EPISOD


RTM bakal berkongsi dengan penonton setia salurannya sebuah drama bersiri dari Turki, Heart of The City(Bu Sehir Arkandan Gelecek) mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang mengisi slot Lavender di TV2. 

Siri 60 episod yang membariskan pelakon terkenal Turki termasuklah Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya dan Burak Tamdogan ini menariknya memaparkan kisah cinta sepasang kekasih berbeza latar belakang keluarga selain pergolakan antara anak dan ayahnya akibat peristiwa hitam masa silam mereka. 

Menerusi siri arahan Cagri Vila Lostuvali, kisahnya berkembang dengan watak utama Ali Smith menjalani kehidupan yang sukar selepas ibunya dibunuh oleh bapanya ketika berusia 4 tahun. Dia mula tinggal di bot kargo bersama seorang lelaki Rauf yang menjaga dia selepas tragedi tersebut. Ali bergerak ke seluruh dunia dan menganggap bot kargo sebagai rumahnya sendiri. Dia menjadi seorang lelaki tanpa negara.




Ali tidak mahu kembali ke Istanbul kerana dia ingin mengelak daripada mengingati tragedi ngeri yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya. Walau bagaimanapun, dia kembali ke Istanbul secara kebetulan apabila umurnya menginjak 20 tahun. Dia perlu menghabiskan masa 24 jam di Istanbul sehingga bot kargonya berlepas ke destinasi seterusnya.

Apabila Ali berjalan kaki di Istanbul, dia mula berdepan dengan masalah. Walaupun dia mahu membantu seorang gadis muda bernama Derin, dia kehilangan pasportnya. Begitu pun hakikatnya dia dipertemukan dengan cinta sejati. Ali dan Derin menghabiskan sepanjang hari tanpa mengetahui apa yang akan berlaku keesokan harinya.

Derin berasal dari keluarga kaya dan akan berkahwin dengan Yigit dalam masa 10 hari. Dia mahu menjadi penari tetapi perlu hidup menurut kehendak ibu bapanya. Dia hanya mahu mempunyai satu hari yang bebas untuk melakukan apa sahaja sebelum perkahwinan itu dan melakukan apa sahaja yang dia mahu selain daripada tunangannya. 




Kebetulan pertemuannnya dengan Ali mengubah prinsip hidupnya dan dia mendapat keberanian untuk berterus-terang membatalkan rancangan perkahwinannya. Dia mahu meneruskan cita-cita dan impiannya. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin apatah lagi dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Ali, sebaliknya, tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa tinggal di Istanbul lagi kerana masalah kehilangan pasportnya. Dia kehilangan segalanya dan pada masa sama muncul bekas juara tinju bernama Sahin tanpa mengetahui bahawa Sahin adalah bapa kandungnya yang sebenar.

Dalam kisah ini, anda akan meneroka kasih sayang tulen antara lelaki dengan tidak ada negara dan seorang wanita dari keluarga kaya. Adakah Ali dan Derin bertemu kembali? Apa yang akan Ali lakukan apabila dia mengetahui kebenaran tentang masa lalu? Adakah Ali akan memaafkan bapa kandungnya? Mampukah Ali dan Derin menyatukan hubungan cinta mereka walaupun datang dari latar belakang keluarga yang berbeza?



Heart Of The City
Episod: 60
Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 6.00 Petang
Saluran: TV2 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan