10 Feb 2017

FILEM KANANG ANAK LANGKAU: THE IBAN WARRIOR








Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior

Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
Bahasa: Melayu
Genre: Aksi
Klasifikasi: P13
Pengarah: Bade Hj Azmi
Pelakon: Langi Datuk Kanang, Ruzana Ibrahim, Adi Putra, Johan Asari, Jay Iswazir, Sofian Bujang, Livonia Ricky, Aidil Aziz
Edaran: Empire Pictures




MENGISAHKAN
tentang Kanang Anak langkau, seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70an. Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo.

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis.

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948-1983.

Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan