11 Jan 2018

PELAKON, PENGARAH BERGELAR DATUK DITAHAN POLIS


SEORANG  pelakon yang juga merupakan seorang pengarah baru bergelar Datuk, telah ditahan selepas dia dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, tengahari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, dalam kejadian tersebut, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis untuk membuat laporan berkenaan satu kemalangan jalan raya. 

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke bali bersama seorang rakannya untuk membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya.
"Namun ketika anggota polis bertugas bertanyakan tentang laporan yang ingin dibuat, suspek kemudiannya menunjukkan whatspp tentang 300 artis hutang ahlong. 
"Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi," katanya yang dipetik dari Haran Metro.

Susulan itu, pelakon dan pengarah berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

Sementara itu, isteri suspek yang juga merupakan seorang pelakon, enggan memberikan sebarang komen buat masa ini dan meminta agar  diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan