13 Jan 2018

PAK ZAIN D.I.Y, HOBI JADI PENDAPATAN


PAK ZAIN seorang pesara yang gemar bertukang hingga adakalanya dia leka dengan minatnya itu. Tanpa disedari olehnya, situasi itu menimbulkan konflik di kalangan isteri dan anak-anaknya. 

Kisah kekeluargaan ini melatari telemovie bertajuk 'Pak Zain D.I,Y' yang disiarkan di Slot Panggung Ahad,  pada 14 Januari ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Kisahnya bermula dengan memaparkan kisah Zain Rahman seorang pesara tentera yang hobinya menukang. Semuanya bermula dengan kehidupannya yang di dedahkan kepada dunia pertukangan sejak kecil oleh ayahnya menjadikan Zain semakin aktif. Minatnya hanya pada seni pertukangan yang diwarisi daripada ayahnya.

Dalam pada itu, sikap ekstrim dan rakus Zain dalam mengubahsuai perkakas dan perabot baru menjadikan isterinya, Rahah Musa yang merupakan seorang guru memendam rasa. Dia tidak senang dengan minat suaminya itu namun tidak dapat berbuat apa-apa. Dia risau sekiranya Zain terasa hati dan salah faham. 

Bagi menyelesaikan masalah sikap ekstrim Zain dalam dalam pertukangan yang memberi kesan pada insan sekeliling, dua anaknya iaitu Zarul dan Shamsul bergabung idea membina bengkel bagi memudahkan Zain menyalurkan minatnya. 

Bukan itu sahaja, atas usaha anak-anaknya itu hasil tukangan Zain diniagakan secara atas talian dan mereka turut sediakan beberapa orang pekerja untuk membantu supaya Zain boleh berehat. Tugas Zain hanya memberi arahan sahaja kepada pekerja yang diupah mereka. 

Bagaimanapun Zain tetap bertukang seperti biasa. Malah dia semakin rajin meneruskan minatnya tersebut. Situasi itu membuatkan anak-anak dan isterinya buntu untuk memikirkan cara mengubah minat Zain.

Namun mereka akhirnya akur dan akui bahawa itulah dunia Zain kini dan tidak akan berubah. Mereka membiarkan Zain terus diulit bahagia dengan hasil kerja tangannya.



Pak Zain D.I.Y
Tarikh Siaran: 14 Januari 2018
Hari: Ahad
Masa: 10.05 pagi
Saluran: TV1
Pelakon: Zaefrul Nordin, Rosnah Johari, Riz Amin, Mardiana Alwi, Elly RL dan Aaron Aswad,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan