5 Jan 2018

NABIL AHMAD, JOHAN ASARI BUAT HAL DALAM BOPENG


MENGGUNAKAN trademark 'Kita punya Bloodbrothers takde sape boleh lawan bro!', RTM meraikan penonton setia salurannya dalam mood tahun baru ini dengan menyiarkan filem bertajuk 'Bo-Peng' pada 6 Januari ini, pukul 10.30 malam di TV2.

Filem arahan Helmi Yusof yang menemui penonton di pawagam pada 22 Disember 2016 lalu ini  mengadunkan elemen suspens thriller dengan jenaka yang pastinya membuatkan anda sekeluarga terhibur dengan dua watak utama lakonan Johan Asa’ri dan Nabil Ahmad ini. 

Sesuai ditonton oleh semua lapisan umur dan masyarakat, mesej yang cuba disampaikan oleh Helmi yang pernah mengarah filem Bikers Kental ini amat mudah difahami.




Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Bo dan Peng merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. 

Peng (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala Bo (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan.

Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan Peng untuk menyelamatkannya. 




Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula.

Di atas rasa perikemanusiaan, Peng telah meminta Bo menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.



Bopeng
Tarikh Siaran: 6 Januari 2018
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 Malam
Saluran: TV2
Arahan: Helmi Yusof
Pelakon: Nabil Ahmad, Johan As'ari, Zulin Aziz, Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy, Juzzthin, Ellie Suriaty, Radhi Khalid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan