24 Jan 2018

ISTERIKU 'MEM' BESAR, TONTON 7 BULAN AWAL


SIAPA sangka kisah rumahtangga si gadis kota boleh menghiburkan dan mencuit hati? Tanyalah kepada pasangan yang sudah berkahwin, ramai yang memilih untuk berdiam diri tanpa komen. 

Isteriku 'Mem' Besar, yang bersiaran di tonton First bermula 15 Januari ini mengisahkan kehidupan keluarga yang berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dari gaya hidup bandar ke luar bandar; disokong unsur humor dan pengajaran mengenai hubungan kekeluargaan.

Merungkai kisah perkahwinan kompleks dengan humor yang berterusan, pencinta drama Melayu serta pelanggan tonton kini boleh menikmati kesemua 20 episod secara serentak 7 bulan lebih awal dari siaran di TV3. Cemburu?

“Perkahwinan yang tiada toleransi antara si isteri dan suami”

Siri komedi ini mengisahkan tentang Azizi dan Maziah, pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka menjadi dingin disebabkan perbezaan persepektif. Azizi yang penat bekerja di kota besar mahu pulang ke kampung dan bersara dengan aman bersama keluarga.

Manakala keluarganya, yang diketuai si isteri Maziah tidak bersetuju dengan alasan gaya hidup mereka yang elegan kurang sesuai untuk kehidupan kampung. Azizi cuba mencari ketenangan namun terpalit dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalkan hubungan bersama isteri dan keluarganya.




“Kehidupan kota yang bergemerlapan, kehidupan desa yang mendamaikan ”

“Tema perkahwinan kontroversi sebelum ini tidak pernah diolah dalam bentuk komedi dan kelakar seperti Isteriku ‘Mem’ Besar. Menyelami kemahuan pelanggan tonton yang pelbagai, kami amat berbesar hati menampilkan Isteri ‘Mem’ Besar 7 bulan lebih awal dari siaran TV, eksklusif di tonton." Airin Zainul, Pengarah tonton, Perlesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Tambah beliau lagi,

“2018 adalah tahun terbaik buat tonton terus menyinar berdasarkan rekod cemerlang sebagai pembekal servis penstriman ‘Over the Top’ (OTT) nombor 1 di Malaysia yang menampilkan kandungan premium dan pastinya, angka langganan dijangka terus meningkat dengan sambutan berterusan daripada anda.”



Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati 90 peratus kandungan premium tonton secara PERCUMA. Dengan salah satu arkib hiburan terbesar di Malaysia disediakan secara PERCUMA yang terdiri daripada berita harian, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik keemasan tonton, ini pastinya akan meningkatkan lagi pengalaman penonton menonton untuk berkembang maju di negara ini.

tonton turut memperkenalkan xtra - portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’. 

Xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima.




Mengenai tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.55 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam.

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi hampir 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV.

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.



Isteriku 'Mem' Besar
Episod: 20
Hari: Isnin
Masa: 12.00 Tengahari
Saluran: Tonton
Pengarah: Dato Ahmad Tamimi Siregar
Pelakon: Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Isqandar Syahidan, Azhar Osman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan