17 Jan 2018

DONGENG PUTERI BUSUK, ELIXIR OF LOVE


MENGISI slot Golden Dragon di TV2 pada 18 Januari ini, pukul 9.30 malam, filem komedi dongeng klasik lakonan mencuit hati dan bersahaja gandingan dua aktor terkenal Richie Ren dan Miriam Yeung bertajuk Elixir Of Love.  

Berlatarbelakangkan abad ke-11 berlaku di negara China, filem kantonis popular tahun 2004 bertemakan kisah cinta seorang puteri yang berpenyakit badan berbau busuk ini sejak dilahirkan ini turut menampilkan pelakon pembantu iaitu Ge Min Hui, Kenny Bee dan ramai lagi.  

Secara keseluruhannya usah ketinggalan menyaksikan filem arahan Kam-Hung Yip dengan tajuk Elixir Of Love ini mengisahkan tentang seorang puteri busuk seluruh badannya sejak dilahirkan. Dari kecil lagi tiada seorang pun yang mahu berkawan atau mendekati puteri ini. 




Apabila puteri ini sudah dewasa, Maharaja ingin mencari jodoh bagi anak puterinya. Baginda mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya mengubati dan menghilangkan bau busuk puterinya akan menjadi suami puterinya. 

Beberapa orang lelaki termasuk seorang tukang kebun bunga bernama Sum Mong Kai menjadi calon untuk misi itu tetapi semuanya gagal. Sum Mong Kai tidak putus asa dan cuba menggunakan cara aromaterapi untuk menguji keberkesanan berbagai-bagai jenis bunga untuk membuang bau busuk badan. 

Sementara itu seorang gadis bernama Heong yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual ikan berbau busuk badan dan rela menjadi calon untuk ujian tersebut. Sebenarnya Heung adalah puteri yang berbau busuk itu dan dia menyamar untuk menguji Sum Mong Kai. 




Selama 3 bulan, Sum Mong Kai bersama Heung menjalankan ujian untuk menghasilkan ubat yang diperlukan. Sum Mong Kai akhirnya jatuh cinta dengan Heung. Keakraban mereka kemana-mana bersama menjadi punca masing-masing saling jatuh cinta.

Apabila ubat untuk menghilangkan bau busuk telah dihasilkan, Sum Mong Kai sekali lagi dibenarkan masuk ke istana untuk mengubati puteri. Dia terperanjat mengetahui Heung dan puteri di istana adalah orang yang sama. 



Elixir of Love
Tarikh Siaran: 18 Januari 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.30 malam
Saluran: TV2
Arahan: Kam-Hung Yip
Pelakon: Richie Ren, Miriam Yeung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan