31 Jan 2018

,

PENCARIAN jejaka tampan dan juga pakar manisan berkarisma sudah berakhir dengan mengumumkan Ikhwan (Muhammad Ikhwan bin Mustafar, 25 tahun) sebagai Hero Oven 2017 pada episod akhir yang telah bersiaran pada 27 Januari 2018! Selain trofi, Ikhwan juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000 dan barangan elektrik. 

Ikhwan bersaing dengan Adam, Alex dan Amir di peringkat akhir untuk menyiapkan tiga peringkat manisan berdasarkan tema yang telah diberikan. Mereka perlu sediakan kek 2 tingkat (2 tier cake), menara macaron setinggi 40 cm (macaron tower) dan 3 jenis petit fours dalam tempoh 6 jam.

“Alhamdullilah dan saya sangat bersyukur atas kemenangan ini. Saya rasa cabaran paling besar ialah saya perlu melawan diri sendiri supaya menjadi yang terbaik. Saya sedar tidak mudah untuk melakukan 3 tugasan dalam masa 6 jam.  
Jadi, saya berlumba dengan masa. Tambahan lagi, saya bersaing dengan Alex, seorang cef pastri yang sentiasa ada idea untuk membuat apa jua manisan,” Ikhwan berkongsi momen indahnya selepas bergelar Hero Oven 2017. 
“Perkara yang mendorong saya untuk tidak berputus asa ialah isteri saya sendiri. Dia banyak memberi sokongan serta ilmu dalam bidang pastri. Tidak lupa juga keluarga saya yang sentiasa memberi dorongan supaya saya terus berjaya mengejar impian dan cita-cita saya.  
"Walaupun saya pernah berputus asa untuk tidak meneruskan peringkat akhir sebab cabaran yang diberikan bukan benda yang saya pernah buat tetapi dengan sokongan yang diberikan, saya teruskan perjuangan sehingga titik penamat. 
 
"Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan para peserta Hero Oven yang banyak membantu dan berkongsi ilmu. Untuk menghargai kebaikan yang diberikan, saya buat yang terbaik untuk setiap tugasan yang diberikan,’ tambah Ikhwan lagi. 

Musim kedua ini masih mengetengahkan kaum Adam secara komersial sebagai pakar manisan dan terbuka kepada jejaka berperwatakan menarik yang berusia antara 20 hingga 35 tahun, mempunyai kemahiran untuk menyediakan pelbagai kek dan pastri dengan menggunakan oven dan petah bercakap. 

Bermula dengan 12 peserta, hanya 4 peserta yang layak ke peringkat akhir selepas melalui pelbagai cabaran dalam 10 pusingan iaitu Adam (Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 27 tahun, Kelantan, bekerja sendiri), Alex (Chai Chee Hung, 26 tahun, Sabah, cef pastri), Amir (Amir Hamzah bin Mohamed, 31 tahun, Johor, perunding makanan) dan Ikhwan (Muhammad Ikhwan bin Mustafar, 25 tahun, Selangor, cef). 

Hero Oven 2017 meraikan Ikhwan sebagai juara manakala Alex mendapat tempat kedua, diikuti dengan Adam di tempat ketiga dan Amir berada di tempat keempat. Dihoskan oleh Cef Fikree Aznan dan Cef Sarah Samsul Ariffin. Juri jemputan di pusingan akhir ialah dua pakar manisan terkenal iaitu Cef Jasman Saidin dan Cef Nazeri Ismail serta selebriti popular, Lana Nordin. 
,

MAKAN adalah aktiviti kegemaran setiap daripada kita. Bermacam alasan diutarakan mengapa mereka mencintai makanan. Salah satunya dapat menghilangkan tekanan. Apatahlagi bila dihidangkan dengan makanan yang lazat. Ia pastinya amat sukar untuk ditolak.  

Bersama hos Nadia Hasnan, RTM mulai 9 Januari lalu, setiap Selasa, pukul 10.05 pagi menerusi saluran TV1 menyiarkan program bertajuk Intai-Intai Jenguk-Jenguk yang menjelajah ke seluruh negara untuk meninjau dan memperkenalkan premis-premis makanan yang menghidangkan juadah baru dan moden yang telah dicipta oleh pemilik premis itu. 

Juadah istimewa ini yang berhasil dari inovasi dan daya kreatif premis itu menjadi satu tarikan kepada peminat-peminat makanan atau ‘food hunters’.




13 episod program ini berkongsi memaparkan inovasi dalam penyediaan makanan termasuklah pelbagai jenis ais krim, burger, makanan laut atau ‘shell out’, dan makanan fusion Malaysia-Arab menerusi konsep menjual makanan yang berbeza. Daripada menjual makanan di warung, gerai, restoren, kafe hipster dan konsep menjual makanan menggunakan ‘food truck’.

Penggemar ais krim usah ketinggalan menyaksikan salah satu episod program ini di mana hos melawat Kafe Kone di Johor Bharu, The Ais Cream Project, Kafe Ais Kacang Special JB yang menghidangkan kombinasi ais krim dan Kafe Sangkaya bertema ‘Nuts About Coconuts’. 

Seterusnya menjelajah ke Pulau Langkawi untuk menikmati ‘ais krim gulung’ di kedai Ais Cream Factory, menikmati ‘ais kapai’ di Pulau Pinang dan ‘ais krim caramel’ di Melaka. Beliau juga ke Restoran Dagang di Pasir Hor, Kelantan untuk meninjau hidangan kombinasi ais krim dan buah-buahan.




Seterusnya khas peminat burger, Nadia Hasnan singgah di Burger Ayam Njoy di Pulau Pinang menghidangkan roti berwarna-warni, ke Langkawi untuk menikmati Special Soft Crab Burger, Fish and Chips dan Banana Smoothie di gerai “Fish Bone Fish and Chips’ dan ke ‘Brothers Grill’ di Manjung, Perak yang menjual 18 jenis burger. 

Di gerai L A Burger, Taiping, Perak hos telah memperkenalkan kepada penonton burger bertingkat dan ke gerai Deqwan Burger di Senawang, Negeri Sembilan di mana burger dijual mengikut beratnya yakni ‘burger satu kilo’ dan sebagainya.

Hos turut meninjau kafe dan restoran jenis ‘hipster’ yang menjadi tumpuan pelanggan muda mengunjungi Kedai ‘Cendol Champion’ di Kuala Terengganu yang menjual pelbagai jenis cendol. Seterusnya beliau telah memperkenalkan Kafe Cloud Land di Senawang, Negeri Sembilan menghidangkan ‘Butter Milk Chicken, Meat Ball dengan Sos Putih dan Monster Mash. 

Beliau juga telah mengunjungi kafe ‘Grind Shack’ di Dataran Melaka yang menawarkan makanan jenis ‘mixed grill’. Di Kota Bharu, Kelantan, beliau telah melawat ‘The Bold Lab Café’ dan melihat makanan seperti ‘Nasi Espanyol’ dan Grilled Chicken Chop. 




Akhirnya Nadia ke Johor Baharu untuk meninjau bagaimana menu seperti kepak ayam, Fish and Chips dan Cheesy Chicken Balls telah diubah dan diberi rupa dan rasa yang baharu.

Kunjungan ke kafe dan restoran terkenal memperkenalkan juadah baru yang inovatif dan kreatif yang telah di cipta oleh pengusaha perniagaan seperti Uncle Jai Café, di Pekan Kuah, Langkawi, Lepak Kitchen di Taiping dan Ohsem Café di Kuala Kangsar, Perak, Kafe Nan Station 18 serta Café Petit Mary (Pattiserie) di Ipoh, Perak yang menjual makanan jenis pastri.

Nadia turut menjelajah ke beberapa bandar di Semenanjung Malaysia untuk mengenalpasti kedai makan yang menumpukan kepada penjualan makanan laut atau ‘shell out’, manisan pencuci mulut yang resipinya telah diinovasi, menjual makanan dengan menggunakan ‘food truck’, hidangan juadah Arab yang diolah mengikut selera Malaysia seperti Kacang Pool, dan juadah fusion Arab juga Barat seperti Shahi (teh), Kopi (dari Yemen), Nasi Gulf dan shatsuka yang dihidangkan di kafe tersebut.



Intai Intai Jenguk Jenguk
Episod: 13
Hari: Selasa
Masa: 10.05 Pagi
Saluran: TV1 
Pengacara: Nadia Hasnan

30 Jan 2018

,

MARK Adam telah memenangi RM10,000 pada minggu ketiga Arena Bintang Bersama Bintang. Bekerjasama dengan seorang pelakon kecil molek, Wan Sharmila, duo ini membawakan kisah sepasang suami isteri yang hidup mewah namun tiada masa untuk satu sama lain kerana terlalu sibuk dengan gadget. Ini merupakan kali pertama Mark Adam bergandingan dengan selebriti wanita dalam Arena BBB.

Berbicara mengenai potensi persembahannya malam semalam, Mark Adam bersyukur dan tidak menyangka kemenangan akan berpihak kepadanya, 

“Saya akan terus buat yang terbaik untuk peminat-peminat saya dan penyokong-penyokong Bintang Bersama Bintang.  
Sebenarnya sketsa itu adalah berdasarkan kisah benar di antara saya dan isteri tetapi dengan sedikit kelainan. Saya fikir sketsa ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pasangan suami isteri yang hidup dalam dunia yang pantas dan serba moden ini,” katanya

Sejak minggu pertama lagi, para peserta berhempas-pulas dalam memberikan persembahan terbaik bersama selebriti undangan sebagai pasangan mereka. Wan Sharmila diminta oleh Mark Adam untuk membantunya dalam minggu ketiga berkata, 

“Pada awalnya saya sangat gemuruh kerana saya bukan seorang pelawak tetapi saya beranikan diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Sejujurnya, berlakon di set dan berlawak di atas pentas berhadapan dengan ratusan penonton di studio merupakan sesuatu yang amat berbeza.  
Apabila Mark dinobatkan sebagai juara pada minggu ini, saya juga dapat menumpang gembira dan bangga dengan kemenangan ini,” kataya.



Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk. 

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Minggu lalu Arena Bintang Bersama Bintang membawakan beberapa nama besar dalam industri seni negara sebagai pasangan kepada para peserta. Artis undangan pada minggu ini adalah Sabri Yunus, Wan Sharmila, Aiman Tino, Vicha, Sharif Zero dan Ropie. manakala juri jemputan pada adalah heroin drama Titian Cinta yang diminati ramai, Farah Nabilah.




Membuka gelanggang minggu ketiga, Shuk merantau ke Asia Selatan membawa irama Bollywood ke Arena Bintang Bersama Bintang. Menemani Shuk di pentas adalah Sharif Zero yang tidak kurang hebatnya dalam memberikan ‘punchline’ tanpa henti mengisahkan kehidupan adik dan abangnya yang telah lama terpisah.

Persembahan kedua pada malam semalam, Ajak dan artis undangannya Vicha. Diterbangkan dari Indonesia, membawa sketsa yang amat kelakar dengan kisah pembantu rumah yang berasal dari Malaysia tetapi menjadi pembantu rumah di Indonesia. Pelik dan menghiburkan, itulah yang dapat digambarkan tatkala menonton persembahan memukau mereka.

Masih dengan konsep lagu-lagu lama, Abam mencuba nasib untuk memenangi hadiah mingguan Arena Bintang Bersama Bintang dengan kehadiran pelawak Ropie bersamanya di atas pentas. Kisah si abang yang menguruskan perkahwinan adiknya namun sentiasa timbul masalah demi masalah. Mereka berjaya menghiburkan penonton dengan lawak-lawak yang tidak kering gusi.

Tentu ramai yang masih ingat keletah Wan Ismail Golok dalam siri klasik TV3, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia sekitar tahun 90an hingga 2004. Kini Sabri Yunus kembali dengan watak kelakarnya bertemu dengan Bijjan Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang dibawa oleh Issey. 



Pemenang bagi episod dua yang lalu, Achey mengambil langkah berani dengan menjemput penyanyi kegemaran ramai, Aiman Tino sebagai pasangannya pada minggu ini. Mereka mempersembahkan sketsa mengenai dua beradik yang minat menyanyi namun hanya adik-adiknya yang berjaya menembusi pasaran seni Malaysia.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta di samping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.
,

GELAGAT Yusuf Iskandar, hero cilik kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama kucing peliharaan keluarga bahagia ini, Bujibu Chempel, kini digarap dalam sebuah program realiti keibubapaan, My Little Heroes - Yusuf & Bujibu”.

Program ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). 


FAKTA PENTING  MY LITTLE HEROES, YUSUF & BUJIBU

My Little Heroes - Yusuf & Bujibu akan bersiaran sebanyak lapan episod, berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod. 

• Program ini memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam. Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya. 

• Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen-momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini. 

• Yusuf memiliki seramai 2 juta pengikut di laman Instagram, manakala Bujibu yang terkenal dengan ekspresi wajah ‘selamba’ ini pula mempunyai 1.1 juta. 

• Antara aktiviti yang dilakukan Yusuf dalam “My Little Heroes - Yusuf & Bujibu” adalah berenang, melakukan aksi lasak bersama bapanya; Hairul Azreen, melawat dan memberi makan kepada haiwan, melukis bersama Bujibu, membantu ibu dan bapanya di tempat kerja, membuat pizza bersama Syeriv Samheizy (anak kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin) dan pelbagai lagi. 

• Selain itu, program ini juga turut menyelitkan perkongsian aktiviti harian dan amalan yang dipraktikkan oleh Hanis dan Hairul dalam membesarkan Yusuf serta perkara menarik mengenai putera sulung mereka yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. Ianya akan dipaparkan secara eksklusif, hanya menerusi program ini. 

• Anmum™ Essential, susu tepung yang menyokong perkembangan kanak-kanak untuk mencapai potensi penuh dengan memaksimumkan perhubungan sel-sel otak mereka, hadir menghulurkan sokongan penuh terhadap program “My Little Heroes - Yusuf & Bujibu” ini selaku penaja utama. 




TRIVIA 

• Yusuf Iskandar telah didedahkan bermain bersama Bujibu sejak beliau berusia 5 hari. 

• Bujibu Chempel kini berusia 2 tahun 11 bulan dan merupakan kucing daripada baka British Short Hair. Kucing comel ini mula dipelihara oleh Hanis dan Hairul sejak ia berusia 4 bulan, setahun sebelum kelahiran Yusuf. 

• Yusuf pernah melakukan perkara-perkara ‘extreme’ berikut ke atas Bujibu - duduk di atas Bujibu, tarik ekor Bujibu dan banyak lagi. 

• Namun begitu, Yusuf begitu menyayangi Bujibu dan perkara yang paling digemari beliau ialah mengusap kepala Bujibu, tidur bersama Bujibu dan bermain tali bersama Bujibu. 

• Yusuf dan Bujibu mempunyai personaliti yang berbeza. Bujibu merupakan seekor kucing jantan yang menarik perhatian ramai dengan raut wajahnya yang dikatakan ‘sombong’ serta lagaknya seakan-akan diva. Berlainan pula dengan Yusuf yang dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang sangat aktif, ceria, peramah, mudah terhibur, murah dengan senyuman dan memiliki semangat ingin tahu yang sangat tinggi. 

• Namun begitu, mereka berdua berkongsi dua perkara yang sama iaitu kuat makan hasil masakan Hanis dan tidak boleh berjauhan dari penjaga dan kedua-dua Hanis serta Hairul. Pastinya kelibat Yusuf dan Bujibu sentiasa ditemani individu-individu ini. 




Razlin Irawati Johar, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro berkata: 

“ISTIMEWA. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini. Buat pertama kalinya, program di bawah slot eBu menampilkan gandingan seorang anak cilik bersama haiwan peliharaan kesayangannya. 
Meskipun terhad tanpa sebarang komunikasi berbentuk dialog antara Yusuf Iskandar dan kucingnya, Bujibu Chempel, jalinan keakraban jelas terpancar antara mereka berdua. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada hubungan istimewa ini. 
Tambahan lagi, ibu bapa kepada Yusuf, Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen sudi berkongsi pengalaman keibubapaan yang mereka lalui dan cara mereka membesarkan Yusuf dengan kehadiran kucing kesayangan keluarga kecil mereka ini. 
Kesudian Hanis dan Hairul menerima pelawaan daripada kami untuk memaparkan aktiviti kehidupan putera mereka bersama kucingnya, Bujibu amat kami hargai. Sudah tentu, program ini tidak akan terhasil tanpa sokongan penuh daripada Anmum™ Essential, selaku penaja utama program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini.” 


Karen Ong, Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia berkata: 

“Sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial. 
Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami. Ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum™ Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum™ Essential. 
Kami juga sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hanis dan Yusuf dalam program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ sebagai penaja utama. Keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja telah menjadi perhatian ramai peminat. 
Oleh itu dalam program tersebut, para peminat akan mempelajari petua-petua keibubapaan dan tips-tips berguna daripada Hanis sepanjang membesarkan Yusuf. ” 


Mengenai Anmum™ Essential 

Anmum™ Essential adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, tanpa gula tambahan***. Kini dengan Mind-Q Connect, Anmum™ Essential mengandungi DHA dan dua kali lebih GA® (Gangliosida), serta prebiotik seperti Inulin and FOS yang berfungsi sebagai serat makanan. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum™ Essential adalah sebuah produk buatan Fonterra, salah satu pengilang bahan bahan tenusu yang terbesar di dunia. 


 

My Little Heroes: Yusuf & Bujibu
Episod: 8
Hari: Rabu
Masa: 9.00 Malam
Saluran: Astro Ria (104) 




29 Jan 2018

,

MEMAPARKAN kisah seorang pakar dalam mencuri permata, RTM membawakan tayangan filem “After The Sunset” lakonan mantap aktor handalan Pierce Brosnan pada 30 Januari ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. 

Filem arahan Brett Ratner yang turut dibintangi oleh Naomie Harris, Salma Hayek, Don Cheadle dan Woody Harrelson ini mengajak penonton mengikuti babak-babak mendebarkan kejayaan watak utamanya yang berjaya mencuri sebuah permata dari sebuah kapal Cruise walaupun terdapat kawalan ketat dalam kapal tersebut dan juga berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa.

Keseluruhannya kisah ini mengetengahkan watak Max Burdett, seorang pakar dalam mencuri permata dan yang selalu berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa. Suatu hari Max diberitahu oleh Stan Lloyd, seorang ejen FBI, tentang sebuah permata yang bernilai tinggi yang dipamerkan diatas kapal “Diamond Cruise” yang kini berlabuh di kepulauan Caribbean. 

Max bersama teman wanitanya, Lola Cirillo membuat rancangan untuk mencuri permata itu. Sementara itu Lloyd pula berkerjasama dengan seorang polis wanita Sophia untuk menangkap Max. Pada masa sama Henri Moore, ketua kumpulan samseng di pulau itu juga cuba mencuri permata itu.

Seterusnya Stan, Max, Lola dan Sophia menjadi kawan rapat dan membuat rancangan untuk bekerjasama dan mencuri permata itu. Max berjaya mencuri permata itu tetapi menafikan memilikinya kepada kawan-kawannya. 

Walaupun Max telah menyembunyikan permata tersebut, Lloyd berjaya mengesannya. Akhir cerita, Max sekali lagi memperdayakan Lloyd dan mendapatkan kembali permata itu demi meneruskan hidupnya bersama Lola.

Namun adakah percubaannya berjaya? Bagaimana pula cara Lloyd mengesannya? Ikuti pengakhiran kisah ini di TV2. 


Filem After The Sunset
Tarikh Siaran: 30 Januari 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV2
Arahan: 
Pelakon: Prierce Brosnan
,

SEKITAR majlis resepsi penyanyi popular Yuna dan pasangannya, Adam Sinclair yang berlangsung sebentar tadi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Yuna anggun mengenakan persalinan dari sentuhan pereka fesyen trekenal, Hatta Dolmat dan mencuri perhatian 1500 tetamu yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kakak ipar Adam iaitu Bunga Citra Lestari dan Aizat Amdan selain kejutan yang dibuat oleh bapa Yuna sendiri yang tampil menyanyikan dua buah lagu buat anak dan menantunya.

Selamat pengantin baru, smeoha berbahagia sehingga ke jannah. Amin..





,

AS MEDIA Prima tightens the integration of TV and digital, tonton, has caught Malaysia by storm with over 7.6 million registered users and growing. 

With the internet wave taking its pace and changing every day, tonton, the first and largest homegrown OTT in Malaysia, is the new wave of digital transformation for Media Prima Television Networks. 

tonton successfully recorded a huge increase in hour’s watched, average time watched and subscriptions through-out 2017 with expansion to Singapore via SingTel and Brunei via DST. In 2018, tonton continues to enthrall viewers with high quality content via magnificent multiple new 
features line-up. 




Malaysia’s Largest Entertainment Archive Made Available for FREE!! 

As a give back to Malaysia – over 20,000 hours of tonton’s content library are now available completely FREE to all tonton users in Malaysia. This large archive comprise of daily news, sports, entertainment, dramas plus the many gems and golden classics such as the compilation of Anugerah Juara Lagu, Pi Mai Pi Mai Tang Tu series, Malaysia Hari Ini and many more - that were previously available to VIP subscribers only. 




Tonton VIP subscribers on the other hand will enjoy the very latest dramas, movies, original series, premium LIVE channels, VIP experience at Media Prima Television Networks events, ad-free video experience and much more. 




2018 is definitely a year that tonton’s users can look forward to and experience exciting technological enhancements as well as enjoy a diverse array of exhilarating premium contents and get their daily dose of entertainment and lifestyle updates from tonton XTRA – all originally curated from our in-house editorial family. 




The VIP subscription plan starts from as low as RM3 daily, RM5 weekly, RM10 monthly and RM96 annually. 

For more information, log on to www.tonton.com.my. Follow us via our social media platforms: 
,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.


(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com) 


[WACANA: WACANA PUNCAK 7 KEMALA]





[SHOWCASE: MUSIC INVASION]





[TEATER: ZOMBI FASA ENAM]





[WACANA: Wacana Atma Manuskrip Melayu]





[TEATER: THE BEE]



[TEATER: FOODIES PARADISE]





[PELANCARAN: Pembakaran Obor Kediaman Buku]





[SHOWCASE: Persembahan Wani Ardy\ @ Kediaman Buku]





[ART:  Art Session  2018]





[KONSERT:  Konsert 16 Bintang]





[MONODRAMA: SITI ZUBAIDAH SEBUAH MONODRAMA]





[TEATER: RAMAYANA]

28 Jan 2018

,

NASKHAH TANAH AKHIRKU mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yue Feng yang lari daripada perang saudara di China bersama adiknya ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baru. 

Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan sehingga membawa kepada kematian adik Yue Feng, Da Hai.

Yue Feng lama kelamaan semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. 

Dalam masa yang sama, turut terpikat dengan kesantunan seorang lelaki Melayu, Tengku Purnama yang begitu mengambil berat terhadapnya yang hidup sebatang kara di bumi asing.




Begitulah antara sinopsis teater Tanah Akhirku yang melabuhkan tirai pementasannya sepanjang tiga malam berlangsung di pentas Panggung Eksperimen, Aswara pada 24, 26 an 27 Januari lalu.

Merupakan pementasan sempena Penilaian Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Teater, Aswara di mana produksinya tediri daripada pelajar yang terlibat.

Sebuah pementasan yang sangat-sangat menarik, memberikan impak dan mengajak penonton kembali berfikir tentang persekitaran kita yang hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. 

Tahniah kepada pelakon Lim Mei Fen yang juga merupakan pencetus ideal asal pementasan ini yang dibangunkan dengan cukup rencah dari segi jalan cerita, skrip dan lakonan.

Kredit juga buat pensyarah dan juga penggiat teater Indie terkenal, Fasyali Fadly yang merupakan orang di sebalik pementasan  dan juga Cik Rosminah Tahir, Dekan Fakulti Teater Aswara.




10 FAKTA MENARIK

1. Biarpun set pentasnya simple, namun ia sudah cukup memberi gambaran tentang babak yang berlangsung.

2. Gandingan pelakon pelbagai bangsa yang jelas mengiyakan idea yang dibawa.

3. Jalan cerita yang sangat menarik dan mempunyai direction yang cukup jelas.

4. Tahniah untuk Siti Jasmina Ibrahim dan Xavier Fong yang menghasilkan skrip yang sangat memberikan impak.

5. Ashraf Zainul ternyata mempunyai magiknya yang tersendiri dalam mencantumkan elemen-elemen yang 'sesuatu' dalam naskhah ini.

6. Semestinya yang mencuri tumpu, lakonan Lim Mei Fen yang sangat menonjol dan berjaya menyampaikan rasa kepada penonton seawal babak pertama dia muncul sehinggalah pementasan menutup tirai.

7. Meskipun hanya merupakan produksi pelajar, pementasan ini turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak.

8. Pementasan selama tiga malam full house.

9. Pelakon Dendam Laksamana, Sultan Mahmud Shah a.k.a Anwar Rusdhini turut menjayakan teater ini menerusi watak Tengku Purnama.

10. Tak rasa macam menonton pementasan yang dijayakan oleh pelajar.


So, berapa bintang? Okay, kami bagi 7/10. Mungkin ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki dan diperkemaskan untuk sebuah pementasan yang lebih mantap. Semoga dapat restage untuk memberi peluang kepada lebih ramai penonton  menikmati persembahan ini.