31 Dis 2017

PROGRAM MENARIK SEMPENA TAHUN BARU DI TV2


RAIKAN sambutan tahun baru 2018 bersama RTM menerusi saluran TV2 dengan tayangan filem '3096 Days' dan konsert 'Linkin Park: Live From Madison Square Garden'. 

Kedua-dua program yang disiarkan pada 1 Januari ini, masing-masing pukul 1.00 petang untuk filem '3096 Days' dan diikuti konsert 'Linkin Park: Live From Madison Square Garden' menemui penonton mulai pukul 3.00 petang.    




'3096 Days' merupakan sebuah filem yang diangkat berdasarkan kisah benar tentang gadis bernama Natasha Kampusch. Segalanya bermula apabila ibu bapanya bercerai. Natasha diculik sewaktu dalam perjalanan ke sekolah oleh seorang penganggur bernama Wolfgang Priklopil yang sudah lama memerhatikan gerak geri Natasha. 

Wolfgang menculik Natasha selama lapan tahun dan usaha pencarian Natasha berterusan tanpa hasil. Masa berlalu namun Wolfgang tidak berhasrat untuk melepaskan Natasha. Wolfgang juga memastikan rambut Natasha kekal pendek sehinggalah suatu hari Natasha enggan rambutnya dipotong. 




Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Natasha berjaya melarikan diri? Apakah nasib Wolfgang?

Filem ini menyaksikan lakonan mantap bintang Antonia Campbell-Hughes, Thure Lindhardt, Amelia Pidgeon, Trine Dyrholm dan Dearbhla Molloy.




Petangnya, khas buat peminat kumpulan #LinkinPark, saksikan persembahan mereka iaitu Mike Shinoda, Chester (RIP) Brad Delson, Joe Hahn, Dave Farell, dan Rob Bourdon dalam 'Linkin Park - Live From Madison Square Garden'.

Sepanjang berlangsungnya konsert ini, 24 buah lagu bakal dikongsikan dengan penonton. Antara lagu The Requiem, Faint, Lying From You, Given Up, What Ive Done, No More Sorrow, Numb, In The End dan One Step Closer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan