24 Dis 2017

PROGRAM MENARIK SEMPENA SAMBUTAN KRISMAS


RTM meraikan Hari Natal yang disambut seluruh penganut Kristian dengan tayangan empat program terbaik sepanjang hari 25 Disember ini.

Variasi pilihan program yang ditawarkan kepada penonton saluran TV2 ini pastinya membuka ruang kepada orang ramai berhibur dan pada masa sama menerima mesej kebaikan yang disampaikan dalam program yang dijanjikan.  

Sepanjang hari pada 25 Disember ini bermula pukul 2.00 petang saksikan tayangan filem 'It’s Christmas Carol!', diikuti program muzikal 'A Wonderful Christmas', 'Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special'  dan '20th Miss Tourism International 2017 World Final'.  


 Its Chrismas Carol
Tarikh Siaran: 25 Disember 2017
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang
Saluran: TV2 
Pelakon: Olivia Cheng, Carrie Fisher, Emmanuelle Vaugier, Tugh Runyan

Mengisahkan seorang Ketua Eksekutif syarikat percetakan yang hanya mementingkan kerjayanya dan kejayaan syarikatnya. Beliau mengejar kejayaan sehingga menjadi seorang manusia yang terlalu tegas, tidak bertolak ansur, tidak mempunyai sikap toleransi serta tidak mengindahkan perasaan kakitangannya. 

Dia juga telah mengabaikan ibunya dan telah menyingkirkan kekasihnya. Dia berseorangan dan kehidupannya sunyi tetapi dia tidak sedar dan juga tidak mahu mengaku hakikat ini. Bekas ketua pejabatnya, seorang wanita, muncul semula dalam kehidupannya sebagai hantu tetapi dalam bentuk manusia biasa dan membolehkannya melihat semula kehidupannya di masa lampau dan pada masa akan datang. 

Akhirnya wanita itu menyedari akan kesilapannya dan dapat membentuk semula kehidupannya supaya ianya lebih bermakna dan bahagia.


A Wonderful Christmas
Tarikh Siaran: 25 Disember 2017
Hari: Isnin
Masa: 5.00 petang
Saluran: TV2 

Berhibur dengan program muzikal 'A Wonderful Christmas” yang menampilkan artis-artis tempatan dengan persembahan lagu-lagu yang mempesonakan. Rancangan hiburan ini disampaikan oleh Michael Xavier dan Cheryl Ong. 

Mereka memberi penerangan mengenai makna perayaan Krismas dan kenapa ia di sambut pada 25 hari bulan Disember setiap tahun. Ini disusuli dengan lagu Karol Krismas yang dinyanyikan oleh sekumpulan peserta lelaki dan wanita. 

Russel Curtis seorang daripada peserta dalam rancangan ini menceritakan kerja-kerja amal yang dilakukannya semasa Krismas dan mendendangkan sebuah lagu bertajuk, ‘Remember’. Sebuah kumpulan penari lelaki dan wanita Portugis dari Melaka yang memakai baju tradisional Portugis mempersembahkan sebuah lagu bertajuk ‘Acapella’ dan menari mengikut irama lagu itu di perkarangan perkampungan Portugis Melaka. 


Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special
Tarikh Siaran: 25 Disember 2017
Hari: Isnin
Masa: 9.30 malam 
Saluran: TV2

'Jaclyn Victor True Meaning Of Christmas Special' menampilkan artis-artis tempatan dengan persembahan lagu-lagu yang mempesonakan.


20th Miss Tourism International 2017 World Final
Tarikh Siaran: 25 Disember 2017
Hari: Isnin
Masa: 11.00 malam 
Saluran: TV2 

Pertandingan '20th Miss Tourism International 2017 World Final' ini berlangsung di Sunway Hotel & Resort di mana ia telah menobatkan peserta dari Filipina - Jannie Loudette Alipo-on sebagai Miss Tourism International 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan