28 Dis 2017

HEALER, DEDAH RAHSIA LAMPAU


KISAH pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan RTM mengisi slot Kristal di TV2.

Sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, 26 episod siri yang dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young ini bercerita tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini.

Saksikan perjalanan kisah Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai.




Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang terlibat dalam kes ini untuk membantu mereka menyelesaikan kes yang telah lama menjadi misteri itu.

Dalam usahanya untuk menyelesaikan kes tersebut, Kim tidak keseorangan kerana dia dibantu oleh seorang wartawan internet (blogger) iaitu Chae Yong-shin dan Seo Jung-hoo, seorang pemuda misteri digelar ‘Healer’ yang kebetulan memiliki kelebihan dalam hal perjuangan.

Mereka bertiga saling berkerjasama untuk merungkai kes ini malah pada masa sama mereka juga menjadi wartawan yang amat disegani. Namun dalam perjuangan mereka untuk menemukan kebenaran, mereka harus berdepan dan berurusan dengan konflik kebenaran yang menyiksakan. 

Bagaimanakah cerita selengkapnya tentang perjuangan mereka? Ikuti kesudahannya dalam siri romantik, komedi dan thriller ini di TV2.



Healer
Bahasa: Korea
Episod: 26
Hari: Isnin dan Selasa
Masa: 8.30 Malam
Saluran: TV2 (Kristal)
Pelakon: Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook, Park Min-Young

Tiada ulasan:

Catat Ulasan