4 Dis 2017

BELI ADIK, DEDAH SINDIKET PEMERDAGANGAN MANUSIA


Beli Adik
Tarikh Siaran: 8 Disember 2017
Hari: Jumaat
Masa: 2.00 Petang
Saluran: TV2 
Pengarah: Khir Rahman
Pelakon: Mohd Izwan Fikri, Muhammad Izz Ilham Nazuadi, Zain Hamid, Zarynn Min, Sheila Mambo, Rashidi Ishak, Joey.




SINOPSIS

Hazamin dan Nina adalah pasangan suami isteri yang hidup bahagia bersama anak tunggal mereka, Aizad, 6, di samping  memiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Meskipun begitu, keluarga mereka sebenarnya kekurangan kasih sayang apabila masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga  membuatkan Aizad dijaga oleh neneknya Maimon.

Masa berlalu Aizad mula rasa kesunyian. Apatah lagi bila melihat kawan-kawannya seronok bermain dengan adik-adik mereka dan bukan seperti dirinya yang sentisa keseorangan.

Situasi itu membuatkan Aizad mahu memiliki seorang adik untuk menemaninya bermain dan melakukan apa sahaja bersama. Namun gaya hidup moden ibu bapanya yang sibuk membuat Aizad sedar permintaannya tidak akan dilayan.  

Fikirannya yang masih belum matang membuatkan Aizad mengambil keputusan cuba berusaha untuk membeli seorang adik. Dia beranggapan itu jalan mudah dan singkat untuk dia memenuhi impiannya memiliki seorang adik.

Tiada ulasan:

Catat Komen