6 Dis 2017

ANIMASI MENARIK SEMPENA CUTI SEKOLAH


RTM turut sama teruja meraikan musim cuti sekolah ini bersama penonton setia salurannya terutama golongan kanak-kanak. 

Menerusi saluran TV1, RTM cuba menceriakan adik-adik  dengan tayangan dua animasi menarik yang pastinya dapat mewarnai waktu senggang mereka.

Animasi ini bukan sahaja menghiburkan sebaliknya sarat pelbagai mesej bermanfaat selain diselitkan dengan nilai kasih sayang dan persabahatan yang boleh dicontohi menjadikan tontonan anda lebih bermakna.

Animasi tersebut ialah Fruiterama yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, manakala Atan dan Nyet pula apda setiap Rabu dan Khamis, jam 2.30 petang, di TV1.



Fruitema 
Hari: Isnin & Selasa
Masa: 2.30 Petang
Saluran: TV1 

Animasi yang menghiburkan kanak-kanak menggunakan buah-buahan sebagai watak seperti Durian, Mangga, Kelapa, Nona dan sebagainya. 

Episod pengenalannya berjudul ‘Maharaja Buah’ di mana Tok Nyior menceritakan tentang buah durian yang menjadi Maharaja Buah. Kemudian diikuti dengan segmen kuiz - kumpul dan menang di mana penonton diajukan soalan. 

Seterusnya episod ‘Buah Dabai’ di mana Tok Nyior menceritakan tentang Si Kalo buah gabai. Semakin menarik dengan episod ‘Muka Buah’ berkongsi cerita tentang Si Agogo buah mangga yang asyik dengan facebook. 

Saksikan juga antaranya perjalanan kisah menghiburkan dalam episod ‘Kaya Kelapa’ (Tok Nyior menjadi kaya menjual kaya kelapa kepada Raja Samdol), ‘Warung Kedondong’ (tentang warung itu yang melarang Raja Durian makan di situ), ‘Kotak Buah’ (tentang sebuah kotak yang dihantar oleh Raja Samdul kepada Raja Durian), ‘Legenda Mangga’ (tentang moyang Agogo yang sangat hebat tetapi buah-buah di Fuiterama meragui tentang lagenda itu)

Diikuti ‘Mahamega Raja Buah’ (menceritakan Raja Samdol telah mengistiharkan nama baru untuknya iaitu Mahamega Raja Buah), ‘Ombak Dabai’ (tindakan Raja Durian mahu menyerang Raja Dabai. Ratu meminta pertolongan Kesastera Kontet), dan ‘Hikayat Gukguk’ (menceritakan Gukguk telah mengambil tempat Agogo sebagai badut istana Fruiterama. Ini menimbulkan permusuhan antara agogo dengan Gukguk). 



Atan dan Nyet 
Hari: Rabu & Khamis
Masa: 2.30 Petang
Saluran: TV1 

Merupakan sebuah animasi berunsurkan pendidikan dalam bentuk kartun animasi khas bagi kanak-kanak pra sekolah. Pengembaraan menarik kanak-kanak berumur 9 tahun dikenali sebagai Atan dan robot monyet miliknya iaitu Nyet. 

Nyet dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengetahui apa sahaja bakal berlaku pada masa depan. Begitu pun Atan mempunyai akal yang cerdik untuk memilih dan memenuhi keinginannya untuk mendapatkan objek dari masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Komen