PELAKON cantik manis, Fazura yang kini baru sahaja bergelar isteri kepada Fattah Amin mendedahkan lima perkara yang telah membuatkan hatinya terbuka untuk menerima hero drama Coffee Prince ini sebagai suaminya.
Fazura dalam temubualnya di radio Nasional FM, membuat pengakuan eksklusif bagi menjawab soalan yang kerap diajukan oleh para peminatnya selama ini.
Jom kita tengok apakah 5 perkara magis yang membuatkan Fattah berjaya memenangi hatinya.
1. Berpegang Pada Agama dan baik hati
Alhamdulillah dia boleh membimbing saya dan semenjak kahwin ni kita selalu solat jemaah
bersama-sama. So manis to me..
2. Merendah Diri
Itu yang saya suka tentang seorang lelaki yang susah kita nak jumpa sekarang ni.
3. Tak Suka Bergosip
4. Sentiasa Memberi Ruang
Dulu bila nak ada boyfriend, saya selalu fikir dia nanti nak masa selalu bersama saya, kalau saya
sibuk bekerja mereka akan merungut dan sebagainya. Jadi dulu saya tak nak ada boyfriend ataupun
kahwin. Tapi Fattah berbeza kerana dia sentiasa memahami kerja saya dan memberi ruang kepada
saya dan biarkan saya buat kerja saya. Bila saya perlukan dia, saya akan cari dia. Itu yang
membuatkan saya tenang dengan dia.
5. Melayan Karenah Makan
Dia sentiasa melayan karenah makan saya. Kalau saya lapar dan nak makan, dia akan make sure
cari makanan tu untuk saya dan selalu teman saya makan selain selalu tolong habiskan makanan
saya.
Nampak macam simple sahaja, tetapi inilah ciri-ciri yang telah menambat hati Fazura dan mungkin juga turut terkongsi dengan wanita-wanita lain di luar sana yang sebenarnya sukakan sesuatu yang kecil tetapi bermakna.
Kata Fazura lagi, sebenarnya bukan hanya lima, tetapi banyak lagi ciri-ciri yang ada pada Fattah telah membuatkan dia jatuh hati. Wah... rugi sesiapa yang tak adjust Fattah sebelum ni kan..
Tiada ulasan:
Catat Komen