23 Nov 2017

TONTON & MENANG NISSAN X-TRAIL DI GSC


GOLDEN Screen Cinemas (GSC) menawarkan peluang istimewa kepada mereka yang memegang keahlian GSC  untuk memenangi sebuah kereta baru dan hadiah hebat lain bersempena sambutan ulang tahun #GSC30 di Malaysia.

 Ahli GSC yang menonton filem di pawagamnya berpeluang untuk memenangi kereta jenis Nissan X-Trail yang baru dan hadiah menarik lain berjumlah sehingga RM350,000.



Peraduan ini terbuka kepada ahli GSC yang berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Malaysia sahaja. Cara  mendaftar sebagai ahli sangat mudah iaitu dengan hanya melayari laman web GSC atau muat turun aplikasi mudah alih GSC. 

Ahli GSC dapat menikmati pelbagai faedah lain termasuk baucar filem ulang tahun percuma dan diskaun promosi makanan dan minuman. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas. Tarikh tutup peraduan pada 31 Disember 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan