16 Nov 2017

PIZZA CHICKEN BITES KEMBALI DENGAN KEJU BERGANDA


PIZZA Chicken Cheesy Bites kembali dalam senarai menu Pizza Hut atas sambutan yang menggalakkan sebelum ini. 

Pizza Hut mengembalikan menu yang popular itu bagi memberikan satu hidangan dengan kenikmatan dengan keju berganda yang enak di dalam setiap gigitan untuk kepuasan maksimum kepada pelanggan.




Pizza ini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut seluruh negara sejak Oktober hingga Disember 2017.Pizza Chicken Cheesy Bites didatangkan dalam 18 kerak pizza, keju ceddar dan mozarella, ayam peperoni, bebola daging dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju.

Pizza Hut akan memperkenalkan tambahan terbaru bersama-sama Pizza Chicken Cheesy Bites, Cheesy Bites dan Cheesy Dip dengan keju dua kali ganda lebih keju, yang boleh didapati pada 15 November ini.



Pizza Chicken Cheesy Bites ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 (saiz biasa) dan bagi pilihan kombo bermula RM37.90 dan RM69.90 bagi dua dan empat orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan