30 Nov 2017

,

PESTA buku Big Bad Wolf (BBW) yang sentiasa dinantikan saban tahun, kini kembali. Menawarkan pilihan yang lebih gempak, BBW bakal menyediakan lebih 4.5 juta buku dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Cina dalam pelbagai genre untuk edisi tahun ini. 

Semeestinya yang paling menarik perhatian, para pengunjung ditawarkan diskaun dari 75% sehingga 95%!, sepanjang tempoh operasi selama 257 jam tanpa henti. 




BBW akan bermula dan dibuka kepada umum seawal jam 7.00 pagi pada 8 Disember 2017 dan akan berakhir pada jam 11:59 malam, 18 Disember 2017 di MIECC , The Mines Sri Kembangan.  

Mereka yang terdiri daripada 200 pengunjung terawal di BBW tahun ini akan menerima voucher kopi daripada Coffex.




Selain jualan buku yang menjadi tarikan utama, BBW pada tahun ini turut menyediakan pelbagai  aktiviti menarik untuk para pengunjung tidak mengira peringkat umur. 

Antaranya, maskot Ejen Ali turut akan membuat kemunculan khas di sini untuk bertemu dengan pembaca cilik dan anak anda juga berpeluang untuk bergambar bersama watak Ejen Ali ketika sesi Meet & Greet. 



Tidak sekadar itu, buat julung kalinya penerbit tempatan, FIXI berkolaborasi untuk menghasilkan karya Cukaria All-Star, aiiatu buku kompilasi cerita pendek dalam bahasa Malaysia yang akan dijual khas di sini.



Tidak ketinggalan juga ruang untuk menjamu selera menerusi  pop-up store ‘After You Dessert Cafe’, kafe yang menyajikan ais krim dan roti bakar ais krim signature  yang sedap dan popular di Thailand!

Jadi, tunggu apa lagi.... Kepada semua ‘ulat-ulat buku’ sekalian, jom kita sama-sama memeriahkan BBW dan membawa pulang pelbagai bahan bacaan menarik yang boleh diperolehi dengan harga yang cukup murah dan munasabah di sini…



29 Nov 2017

,

KEDUDUKAN pasukan bola sepak Malaysia sekali lagi menjunam dalam rangkin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174 dalam ranking terbaru yang diumumkan oleh badan induk dunia itu.

Apa yang lebih mengecewakan, kedudukan ini dikatakan sebagai yang terburuk pernah diduduki pasukan kebangsaan berbanding sebelum ini.




Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada itu jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan ke-170 pada bulan lalu selepas mengalami kekalahan dua kali berturut-turut. 

Difahamkan semenjak dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya pada Mei 2017, Vingada gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan yang disertai  skuad kebangsaan.




Untuk rekod, kedudukan ranking terbaik pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada tahun 1993 dan ke-89 dunia pada tahun 1994.

Apapun semoga kita terus memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara dan diharapkan keadaan ini dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. #MalaysiaBoleh.

28 Nov 2017

,

JIKA anda merupakan pecinta makanan, jangan lepaskan peluanng untuk mengundi bagi menentukan lokasi popular dan terbaik untuk menikmati hidangan tempatan di sekitar Lembah Klang menerusi Anugerah Makan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).

Anugerah yang julung kali yang dianjurkan Media Prima Digital (MPD) ini, memperkenalkan tujuh kategori merangkumi lapan menu kegemaran rakyat Malaysia. Antaranya Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular.




Menarik?

Pengundian telah bermula pada 1 hingga 24 November ini menerusi laman sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my, manakala pengumuman pemenang dijangka akan dilakukan Disember ini. 

Anugerah ini akan menggunakan format pemarkahan 50 peratus undian rakyat Malaysia dan 50 peratus penjurian profesional terdiri daripada tokoh kulinari tempatan.





Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif Anugerah Makan JJCM dan hadiah wang tunai. 

Jadi jom undi lokasi makanan tersedap dan terbaik pilihan anda… 
,


BELUM lagi puas melihat gambar dan menonton video pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada 13 November (diumumkan pada 23 November), dunia hiburan tanah air dikejutkan pula dengan berita pernikahan pasangan ini sebentar tadi.

Menerusi majlis ijabkabul yang berlangsung sekitar jam 9.50 malam yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka ibu kota, Nur Fazura Sharifuddin, 34, sah bergelar isteri kepada Abdul Fattah Mohd Amin, 27, dengan hanya sekali lafaz.

Majlis istimewa buat kedua pelakon popular ini hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat sahaja tanpa kelibat jemputan yang lain.

Difahamkan Fattah dan Fazura sepakat untuk mengadakan majlis resepsi untuk media dan rakan artis seta bersama peminat dalam dua majlis berasingan dijangka akan diadakan pada tahun depan.

Apa pun, kami di Read8SpaceDotCom mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia hingga ke Hannah hendaknya.

27 Nov 2017

,

MASIH tentang Elyana. Selepas pendedahan tentang penyakit Kanser Limfoma (Kelenjar) tahap 4 yang dibuatnya semalamnya, laman sosial penyanyi ini dihujani dengan ucapan dan doa sebagai tanda sokongan kepadanya.

Bukan sahaja daripada teman-teman yang rapatnya, tetapi juga sebahagian rakan-rakan artis yang mengetahui tentang berita ini turut serta memberikan kata-kata semangat semenjak semalam.

Tidak ketinggalan seluruh peminat dan bukan peminat yang tanpa putus mendoakan yang terbaik  buat penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini termasuklah mewujdukan #PrayForElyana.




Ternyata begitu ramai yang menyayangi Elyana dan tidak kurang yang kagum dengan kekuatan dan ketabahan hatinya yang berjuang mengarungi penyakit yang telah tujuh tahun dideritaInya.

Menurut Elyana yang cukup aktif dan ceria ini, dia telah berhenti menjalani rawatan kemoterapi semenjak Ramadan lalu dan kini sedang mencuba rawatan alternatif selain berserah hidupnya seratus peratus kepada ketentuan takdir.




"Saya sangta takut nak tidur. Saya ada masalah nak tidur setiap hari. Sebab saya takut tak dapat jumpa anak saya lagi esok pagi,"

Luahan jujur yang sangat meruntun hati dan terngiang-ngiang dalam benak kebanyakan kita semenjak semalam.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga diringankan beban derita Elyana dan dipermudahkan proses rawatan untuknya. Amin..
,

PENYANYI Elyana membuat pendedahan yang cukup mengejutkan sebaik sahaja diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima  Gegar Vaganza yang berlangsung sebentar tadi.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30, mengakui dia kini sedang mengidap Kanser Limfoma tahap 4. Menurutnya lagi, penyanyi yang telah dideritainya semenjak tujuh tahun lalu ini hanya diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sahaja.

Ramai yang terkejut dengan berita ini kerana Elyana cukup dikenali sebagai seorang yang sangat ceria dan tidak pernah memberikan sebarang hint atau menunjukkan penderitaan yang sedang dilaluinya.

Yaaa Allah... Kami di Read8Space sendiri pada awalnya seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Elyana sebentar tadi. Namun itulah kenyataan yang harus diterima semua sebagai Elyana menerima ujian yang telah diberikan kepadanya ini.

Sayu mendengar luahan penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini di mana dia merasa takut untuk tidur setiap malam kerana bimbang tidak akan terjaga lagi keesokan harinya dan bertemu satu-satu anak tunggalnya, Chinta.

Kata Elyana, doktor pernah meramalkan dia mungkin boleh hidup setahun lagi. Bagaimanapun, umurnya masih panjang sehingga ke hari ini meskipun sudah lebih tujuh tahun disahkan mengidap kanser tersebut.

Ketika dimaklumkan tentang penyankit tersebut, ia masih merupakan kanser tahap 2, dan selepas tujuh tahun sel kansernya kini sudah merebak ke jantung dan paru-paru dan kini sudah berada di tahap empat.

Apa sekalipun yang dijelaskan, kami semua mendoakan agar dipermudahkan proses rawatan dan diizinkan kesembuhan oleh ALLAH. InsyaAllah..

Semoga Elyana terus kuat dan tabah berdepan ujian ini. Amin...

26 Nov 2017

,

MIMI Choi, 31, seorang wanita yang juga seorang guru berasal dari Vancouver, Kanada, kini mula popular selepas menjadi jurusolek artis profesional  sepenuh masa yang tampil dengan hasil solekan  memukau dan luar biasa di mana dia mampu menghasilkan solekan optik yang menyeramkan. 




Mimi sering memuat naik video di instagram bagi membuktikan bahawa dia hanya menggunakan sentuhan solekan tanpa bantuan perisian untuk mengubah gambar gambar berkenaan.




Antara solekan yang mencuri perhatian ramai adalah solekan wajah seolah-oleh berlubang, menjadi cair, wajah haiwan dan terpotong-potong dan lain-lain.





Menurut Mimi, ilusi optik merupakan kaedah yang menggunakan pelbagai teknik bagi menampilkan kelainan untuk memperdayakan mata mereka yang melihat. 


,

GELAGAT kanak-kanak memang sentiasa menghiburkan. Begitulah juga dengan gelagat orang kanak-kanak dari Amerika Syarikat yang kini tular di media sosial apabila diuji untuk mencuba makanan popular di Malaysia.




Video-video ini telah dihasilkan oleh sebuah laman facebook  HiHo menerusi siri Kids Try pada 14 November lalu di mana rakaman tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam. 

















Antara makanan yang mereka perlu rasai ialah Nasi Lemak, Laksa, Roti Canai dan Apam Balik. Pelbagai gelagat yang boleh di tonton apabila mereka mula merasai makanan tersebut yang sememangnya begitu asing buat mereka. 




Rata-rata mereka menyukai menu yang disediakan. Malah, pada akhir video itu, kanak-kanak tersebut telah bertutur dalam Bahasa Melayu. 



"Selamat Jalan. Terima kasih kerana menonton kami mencuba makanan dari Malaysia," .