10 Okt 2017

CLEVER GIRL, TERLAJAK PANDAI



CLEVER Girl Malaysia, sebuah program realiti 'game show' TV3 yang menampilkan gadis-gadis pintar dari seluruh Malaysia kini kembali dengan musim kedua. 

Selepas penonton dikejutkan dengan penarikan diri salah seorang peserta iaitu Kiera yang merupakan bekas pelajar Universiti Oxford kerana mendakwa pertandingan ini tidak telus, minggu ini dakwaan Kiera itu seakan diiyakan dengan satu insiden yang melibatkan salah seorang peserta program ini yang menjawab soalan dengan tepat sebelum soalan habis dibacakan.

Insiden ini kemudiannya menjadi tular dan mendapat kecaman hebat daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.




Pada episod lalu, selebriti jemputan Datin Sharifah Shawati diberikan tugasan untuk membacakan soalan untuk diberikan kepada peserat yang terlibat. Namun ketika Shawati belum selesai membacakan soalan tersebut, peserta dari Selangor, Shazana dengan pantas menjawab jawapan tersebut adalah ‘B’. 

Jawapan yang diberikan adalah tepat, namun apa yang mengejutkan apabila pengacaranya, Alif Satar bertanyakan kembali apa jawapan yang terkandung dalam pilihan 'B' tersebut, Shazana hanya diam menundukkan diri. 



Situasi ini telah menimbulkan keraguan di kalangan netizen yang mengikuti rancangan di mana mereka mual membuat spekulasi adakah telah berlaku kebocoran soalan atau ia telah dirancang sebagai gimik bagi menaikkan ‘rating’ penonton? 

Apapun, kita tunggu sahaja peserta dari negeri manakah yang bakal bergelar juara Clever Girl, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 pada minggu depan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan