8 Okt 2017

TRAILER: BLADE RUNNER 2049




BLADE RUNNER 2049
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Sains fiksyen
Klasifikasi: 18
Pengarah: Denis Villeneuve
Pelakon: Ryan Gosling, Harrison Ford, Jared Leto, Robin Wright, Ana de Armas
Edaran: Sony Pictures




Mengisahkan...
Mengambil latar masa 2049,  di Los Angeles, bumi dikatakan baru saja mengalami kejadian black out sehingga menjejaskan pelbagai system yang dibina termasuklah di syarikat produksi replikan Tyrell Corporation yang kemudiannya jatuh bankrap.

Namun selepas itu, sebuah produksi baru, Wallace Corporation mengambil alih dan mencipta replikan yang lebih hebat dan setia menjalankan tugas mereka terutamanya dalam memburu sisa replikan produksi Tyrell yang masih berbaki.

Detektif KD6-3.7 (Ryan Gosling) menjadi perhatian apabila dia bertemu petunjuk baru tentang legasi manusia ketika ditugaskan menghapuskan salah satu targetnya.

Bermulalah konflik untuk memburu bayi yang telah hilang lebih 30 tahun sebelumnya sehingga menemukan K dengan replikan lama, Rick Deckard (Harisson Ford) yang kemudiannya memberi jawapan kepada segala tanda tanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan