18 Okt 2017

SPICY SAWADEE CRUNCH, MENU TERBARU KFC


KFC Malaysia memperkenalkan 'KFC Spicy Sawadee Crunch', satu lagi menu baru yang enak hasil gabungan sempurna rempah ratus Thai unik hanya dari RM13.50. 

Ayam diperap dengan campuran rempah ratus KFC, disalut dengan rempah ratus dan herba tulen Thai dan digoreng keemasan. Ia menjanjikan pengalaman gastronomik yang akan menggembirakan semua deria. 




KFC Spicy Sawadee Crunch boleh didapati dalam hidangan combo dua ketul ayam dan tiga ketul ayam. Kedua-dua combo didatangkan bersama coleslaw dan kentang putar, dan minuman Lipton Ice Tea Lemon yang menyegarkan.Jom apa lagi mari serbu KFC untuk menikmatinyA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan