11 Okt 2017

FIKRI IBRAHIM, HERO DRAMA NOVEL ISLAMIK


DRAMA bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma adaptasi daripada sebuah novel Islamik terkenal, karya Najmi Fetih bakal menemui peminat drama bersiri Melayu di saluran Astro Oasis pada bulan November ini. 

Karya terbitan Nuansa Sdn Bhd dan arahan Shuhaimi Zulkefli ini membariskan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Elfira Loy, Fadzil Zahari, Dania Azmi dan ramai lagi. 




Ia mengisahkan tentang Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka di mana pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya. 

Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab. 

Kalau nak tahu apa yang seterusnya berlaku kepadanya, jangan ketinggalan untuk ikuti drama ini apabial disiarkan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan