16 Jul 2017

TRAILER: WAR FOR THE PLANET OF THE APES



War for the Planet of the Apes
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi/sains fiksye
Klasifikasi: P13
Pengarah: Matt Reeves
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Edaran: Century Fox




MENGISAHKAN...
tentang konflik yang dihadapi oleh sekumpulan beruk atau Apes yang diketuai oleh Caesar di mana kini dalam keadaan yang terancam apabila diburu oleh sekumpulan tentera yang mahu menghapuskan mereka.

Meskipun merupakan kumpulan beruk yang bijak dan berevolusi sehingga mampu mengancam manusia, Caesar serta puaknya tumpas dalam satu serangan yang diketuai oleh seorang kolonel yang sangat kejam sehinggakan anak serta isterinya terbunuh.

Kejadian itu membuatkan Caesar mula berdendam dengan kolonel tersebut sehingga sanggup meninggalkan puaknya untuk menjalankan misi peribadinya sehingga mereka berdepan dengan situasi yang lebih menekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan