20 Jul 2017

IRA MOHD AMIN (PENYAMPAI IM4U), BERSALIN ANAK KETIGA


TAHNIAH buat penyampai radio IM4U, Ira Mohd Amin yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya ketiganya pagi tadi.

Bayi lelaki comel yang dilahirkan dengan berat 3.56kg ini dilaporkan dalam keadaan yang sihat oleh Ira menerusi akaun instagramnya. Malah penyampai ini turut berkongsi gambar bayi comelnya itu tanpa mendedahkan wajah penuh cahaya matanya itu dengan kapsyen yang berbunyi:


"Alhamdulillah, a healthy 3.56kg baby boy to join abang #SaifSufi.  Assalamualaikum everyone.



Ira atau nama lengkapnya Zarith Adzmira Mohd Amin yang sebelum ini dikenali sebagai radio Era telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Shazril Ezani pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Mohd Saif Zairil, 4, dan Mohd Sufi Zuhair, 2.

Selamat berpantang Ira!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan