9 Apr 2017

TRAILER - SMURFS: THE LOST VILLAGE



Smurfs: The Lost Village
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Animasi
Klasifikasi: U
Pengarah: Kelly Asbury
Pelakon: Demi Lovato, Mandy Patinkin, Jack McBrayer, Danny Pudi, Joe Manganiello
Edaran: Sony Pictures




Mengisahkan...
 tentang Smurfette, Clumsy, Brainy dan Hefty yang tanpa sengaja telah merentasi kawasan hutan larangan menyebabkan musuh mereka Gargamel the Evil Wizard dapat mengesan kehadiran mereka.

Gargamel memang sentiasa memburu kumpulan Smurfs kerana hanya melalui makhluk biru ini dia dapat menambahkan kuasa sihirnya agar menjadi lebih hebat dan menguasai kawasan tersebut.

Ketika ditangkap Gargamel, Smurfette telah terserempak dengan salah seorang Smurfs yang bukan daripada kumpulan mereka dan ia akhirnya mendapat tahu ada sebuah perkampungan Smurf lain yang tidak mereka ketahui selama ini.

Smurfette dan rakan-rakannya cuba untuk menyelamatkan kumpulan Smurfs ini daripada menjadi mangsa terbaru Gargamel, namun ahli sihir jahat itu terlebih dahulu dapat menghidu perancangan itu dan cuba menggagalkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan