23 Apr 2017

TRAILER - FABRICATED CITY



Fabcricated City
Tarikh Tayangan: 20 April 2017
Bahasa: Korea
Genre: Aksi/thriller
Klasifikasi: 18
Pengarah: Park Kwang-hyun
Pelakon: Ji Chang-wook, Shim Eun-Kyung, Ahn Jae-hong
Edaran: Sony Pictures




Mengisahkan...
 tentang seorang penganggur, Kwon Yoo, yang begitu obses dengan permainan video. Malah dia digelar sebagai kapten dan mempunyai team sendiri dalam permainan itu. Suatu hari ada seorang wanita yang tertinggal telefon di siber kafe telah meminta Kwon Yo memulangkan kembali telefon tersebut dengan menjanjikan sejumlah upah yang besar kepadanya.

Namun selepas memulangkan telefon tersebut, hidup Kwon Yo menjadi porak peranda apabila dia tiba-tiba menjadi suspek utama dalam kes rogol dan bunuh seorang pelajar sekolah dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya.

Kwon Yo melarikan diri dari penjara untuk mencari sendiri bukti dan dalang disebalik kejadian yang menimpa dirinya. Ketika inilah dia bertemu dengan rakan-rakan pasukannya di alam maya yang sudi membantu dia membersihkan nama di alam nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan