5 Mac 2017

TOMMY PAGE MENINGGAL DUNIA


PENYANYI terkenal Amerika Syarikat, Tommy Page, 47, dilaporkan telah meninggal dunia semalam, 4 Mac 2017.

Mayat penyanyi yang popular dengan lagu I’ll Be Your Everything ini ditemui di kediamannya dan punca kematiannya berkemungkinan kerana membunuh diri.




Page pernah menjadi eksekutif syarikat rakaman, penerbit majalah Billboard serta naib presiden Pandora.

Selain itu, dia juga pernah menjadi eksekutif di Warner Bros. Records, tempat dia membantu membentuk karier Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban dan Greenday.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan