5 Mac 2017

REDHAKU UNTUKMU, TELEFILEM TERBAIK ANUGERAH KASEH TRIBUTE P. RAMLEE 2016


TAHNIAH kepada telefilem Redhaku Untukmu yang diangkat sebagai Telefilem Terbaik mengungguli kategori utama Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016 yang diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri malam tadi..

Berkongsi kejayaan, pengarahnya, Dira Abu Zahar turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di atas kecemerlangan mengarahkan telefilem itu. 







Pelakon Wanita Terbaik, sementara Iedil Putra pula memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Sekalung tahniah juga buat para pemenang lain atas kejayaan yang diraih dan semoga ia bakal menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan yang terbaik pada masa akan datang.




Senarai penuh pemenang Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016

Pelakon Lelaki Terbaik 
Che Kem (Sri Bulan) 
Pelakon Wanita Terbaik 
Sharifah Sakinah (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Iedil Putra (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Aida Khalida (Sri Bulan)
Skrip Terbaik
Datin Paduka Shuhaimi Baba (Sri Bulan)
Sinematografi Terbaik 
Junaimeramfizal Rahmat (Saling)
Anugerah Khas Juri
Kembara Nak Dara
Pengarah Terbaik 
Dira Abu Zahar
Telefilem Terbaik  
Redhaku Untukmu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan