29 Mac 2017

BABAK DRAMATIK BLACK EAGLES DI RUANG ANGKASA KUALA LUMPUR



ORANG ramai yang berada di sekitar pusat bandar raya berpeluang menyaksikan menyaksikan deruan jet pejuang Black Eagles menggegarkan ruang angkasa Kuala Lumpur.

Sebanyak sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik tentera udara Korea Selatan itu muncul membuat lintasan di ruang angkasa sekitar Menara Berkembar Petronas, KLCC pada jam 10.30-10.45 pagi.

Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)semalam, pasukan tersebut melakukan terbang lintas selama 15 minit di sekitar ruang udara ibu negara.

Dalam kenyataan itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak panik atau membuat sebarang spekulasi dengan kehadiran pasukan tersebut.

Sebaliknya mengambil peluang itu untuk menyaksikan kehebatan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles membuat pertunjukan di ruang udara.

[KREDIT VIDEO: mynewshub]

Tiada ulasan:

Catat Komen