Hacksaw Ridge
Tarikh Tayangan: 16 February 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi/biografi
Klasifikasi: 18
Pengarah: Mel Gibson
Pelakon: Andrew Garfield, Sam Worthington, Vince Vaughn, Luke Bracey, Teresa Palmer

MENGISAHKAN...
Desmond Doss merupakan
seorang tentera yang memilih untuk tidak mahu
menyentuh senjata dan memegang prinsip membunuh itu sebagai satu kesalahan
meski apapun sebabnya.
Penyertaannya dalam
pasukan tentera dilakukan atas keinginannya yang mahu menjadi penyelamat kepada
rakan-rakannya yang tercedera ketika berada di medan perang mempertaruhkan
nyawa mereka untuk mempertahankan negara.
Sikap dan rinsip yang dipegang oleh Desmond itu dianggap sebagai suatu yang tidak masuk
akal dalam pasukan tentera menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah
sehingga dihadapkan ke mahkamah tentera malah hampir dibuang daripada pasukan.
Namun siapa sangka akhirnya dia menjadi wira yang menyelamatkan nyawa rakan-rakannya di medan perang Okinawa tanpa menggunakan senjata.
Tiada ulasan:
Catat Komen