17 Feb 2017

TEATER THRONE OF THORNS, GABUNGAN MAKYUNG DAN SHAKESPEARE


SINOPSIS

Kapal Karam
Prospero yang merupakan seorang Raja yang telah kehilangan kuasa dan takhtanya di Milan setelah di rampas oleh saudara kandungnya iaitu Antonio. Dia kemudiannya telah melarikan diri ke sebuah pulau dan mula menguasainya. Menggunakan kuasa ilmu hitam, Prospero cuba menenggelamkan kapal Antonio menyebabkan kapal pelayaran Antonio tersadai di pulau yang di diami oleh Prospero.

Rahsia Tersembunyi
Miranda merupakan anak perempuan kepada Prospero telah merayu supaya ayahnya membantu rakyat yang berada di atas kapal Antonia menyebabkan Prospero terpaksa menceritakan rahsia bahawa beliaulah Raja di Milan. Dia juga turut mendedahkan dikhianati adiknya sendiri dan bagaimana mereka sampai di pulau itu.

Kuasa
Prospero mempunyai magis dan boleh berkomunikasi dengan alam ghaib di mana dia juga mempunyai pesuruh iaitu Ariel, orang halus yang membantu menjalankan ilmu magisnya. Prospero juga mempunya seorang hamba yang bernama Caliban iaitu manusia separa binatang.

Konspirasi
Raja Alonso dan pembantunya Gonzalo cuba dibunuh oleh adiknya atas hasutan Antonio, namun konspirasi ini berjaya dipatahkan dengan bantuan Ariel yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Rancangan
Caliban telah meminta Stephano dan Trinculo  iaitu penghibur dan pelayan diraja yang terdampar di pulau itu untuk membantunya membunuh Prospero. Caliban yang marah terhadap Prospero kerana beranggapan Prospero telah merampas pulau miliknya.

Kuasa Cinta
Ferdinand anak Alonso pula telah jatuh cinta pandang pertama kepada Miranda dan ingin mengahwininya.

Perdamaian

Menerusi pelbagai kejadian di pulau tersebut, Prospero mengharapkan agar adiknya, Antonio itu sedar akan kesalahannya. Mereka bersemuka dan Prospero akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke negara asalnya dengan meninggalkan semua ilmu hitamnya termasuk membebaskan Ariel dan Caliban. 




FAKTA PERLU TAHU

+ Sebuah naskhah teater kontemporari yang menggabungkan elemen Melayu menerusi seni Makyung dan elemen barat dari karya The Tampest, tulisan Shakespeare.
+ Pementasan pertama teater ini berlangsung di Austaralia pada tahun 2015.
+ Merupakan pementasan kali pertama di Kuala Lumpur.
+ Kesemua pelakon yang terlibat merupakan pelakon dari Australia yang terdiri daripada graduan University of  Wollonggong, kecuali aktivitis teater, Zamzuriah Bahari.
+Naskhah ini dipentaskan dengan menggunakan bahasa Inggeris sebanyak 80% dan selebihnya dalam bahasa Melayu.
+ Naskhah arahan dan tulisan Norzizi Zulkifli
+ Dipentaslan pada 16-19 Februari, di Panggung Eksperimen ASWARA, jam 8:30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan