10 Feb 2017

TAHNIAH, SHAHROL SHIRO TIMANG ANAK LELAKI


NAMPAKNYA awal tahun 2017 menyaksikan ramai rakan-rakan artis dan  selebriti kita yang menimang cahaya mata dan mentambut kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan pelawak Shahrol Shiro yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata lelaki dua hari lalu (8 Februari), hasil perkahwinannya dengan isteri, Nor Farhanan Syamimi.

Shahrol menerusi perkahwinan pertamanya turut memiliki seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish.



"Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allag SWT di atas limpah kurniannya, isteri saya @anna_danisha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 08.02.2017 jam 9.36 malam. 
"Terima kasih kpd semua yang mendoakan kami dan kpd doktor, jururawat hospital, Enche Besar Hajjah Kalsom serta semua yg membantu urusan sy dan isteri... semoga Allah SWT merahmati kalian semua.. Amin.. 
"Semoga anakku ini menjadi anak yang soleh... kalau boleh lebihkan lagi kekacakkan yg diwarisi sejak turun tumurun dari ayahmu ini..."

Tahniah dari kami di Read8Space buat Sharol dan isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan