17 Feb 2017

SIRI KOMEDI CRASHING DI SALURAN HBO


PETE adalah seorang yang naif yang tinggal di luar bandar, dan telah berkahwin dengan kekasihnya dari zaman kanak-kanak. Dia mengimpikan untuk berjaya sebagai pelawak ‘stand-up’. 

Namun apabila mendapat tahu bahawa isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, dunia Pete musnah dan dia terpaksa menilai semula prioriti dalam hidupnya. Dia seterusnya menjunam ke dunia komedi di New York yang penuh cabaran.

Crashing disiarkan pada waktu yang sama dengan A.S. iaitu pada hari Isnin, 20 Februari, jam 11.30 pagi, dengan tayangan ulangan waktu perdana pada hari yang sama, jam 10.30 malam, eksklusif di HBO (Astro saluran 411 / 431). Episod baru debut setiap hari Isnin. 

Crashing
Episod: 8
Tarikh Siaran: 20 February 2017
Hari: Isnin
Masa: 11.30 pagi
Saluran: HBO (411/431)
Pelakon: Pete Holmes, Lauren Lapkus, George Basil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan