12 Feb 2017

SEKALI KU LAFAZKAN CINTA, DUGAAN ALAM RUMAH TANGGA


MENGISAHKAN Hakimi berkahwin dengan Nurlisa setelah bersetuju dengan desakan ibu bapa masing-masing yang risau mengenai jodoh anak mereka setelah usia semakin meningkat. Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqil. 

Satu hari berlaku kejadian yang tidak terduga bila Nurlisa jatuh akibat diragut ketika bertemu Alia dan beliau koma untuk tempoh yang panjang. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.




Alia merasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu serta mertuanya untuk menjodohkannya dengan Alia.

Setelah enam bulan, Nurlisa sedar daripada koma dan diberitahu tentang pengorbanan dan kesetiaan suaminya. Beliau meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum beliau meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan. 

Hakimi tetap setia dengan cintanya sehingga ke tua namun mengahwinkan anaknya Aqil dengan anak Alia sebagai ganti permintaan arwah isterinya Nurlisa.



Sekali Kulafazkan Cinta
Tarikh Siaran: 14 Februari 2017
Hari: Selasa
Masa: 10.00 Malam
Saluran: TV2 (Slot Citra)
Pengarah: Haris Kadir
Pelakon: Arja Lee, Sari Yanti, Leeza Zain, Lia Natalia dan Mak Wan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan